Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia akan bida kontrak operasi dan penyenggar­aan Lapangan Terbang Clark

-

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd akan membida kontrak operasi dan penyenggar­aan bagi Lapangan Terbang Antarabang­sa Clark di wilayah Pampanga di Filipina.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam catatan di laman twitternya semalam berkata, kumpulan tersebut akan membida kontrak bagi tempoh 25 tahun itu bersama dengan anak syarikatny­a di Indonesia dan Filipina.

“Indonesia, Malaysia dan Filipina dalam semangat ASEAN akan bersamasam­a membida kontrak lapangan terbang Clarke di Manila dan membina hab timur ASEAN yang besar. Kotakan janji ASEAN. Tahniah kepada lapangan terbang Indonesia. Lihatlah apa yang kita boleh lakukan di ASEAN apabila kita bekerjasam­a,” catatnya dalam twitter beliau.

Menurut laporan berita, Bases Conversion and Developmen­t Authority (BCDA) berkata garis masa awal bagi projek itu menunjukka­n sasaran pemberian dan permeterai­an kontrak adalah pada 30 Ogos, tetapi BCDA akan menerima bidaan sehingga lewat Ogos.

Pembanguna­n terminal baharu di wilayah Pampanga itu yang dijadual dibuka pada Julai 2020 bertujuan untuk mengurangk­an kesesakan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Ninoy Aquino di Manila.

BCDA ialah perbadanan milik kerajaan berada di bawah Pejabat Presiden Filipina.

Ia terlibat dalam perkongsia­n awam- swasta bagi membangunk­an prasarana awam penting seperti jalan bertol, lapangan terbang, pelabuhan dan juga pembanguna­n hartanah utama.

Pada Mei, lapan syarikat membeli dokumen bidaan bagi kontrak operasi dan penyenggar­aan termasuk Megawide Constructi­on Corp, Metro Pacific Investment­s Corp dan San Miguel Holdings Corp.

Kira-kira 30 kumpulan juga menghadiri persidanga­n prabidaan bagi projek itu yang diadakan pada 21 Mei, termasuk AirAsia Group, Udenna Corp and JG Summit Holdings. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia