China, El Salvador jalin hubungan diplomatik
Satu lagi kemenangan buat Beijing dalam kempennya untuk meminggirkan Taiwan
KABUL: Beberapa roket dilepaskan ke tempat berhampiran kawasan diplomatik di ibu kota Afghan, Kabul, awal semalam, manakala pegawai berkata pertempuran meletus antara pasukan keselamatan dengan puak militan di bahagian lama kota tersebut.
Ia tidak segera jelas siapa yang bertanggungjawab bagi serangan itu, yang berlaku hanya beberapa hari sahaja selepas Presiden Afghan, Ashraf Ghani, menawarkan gencatan senjata selama tiga bulan kepada puak Taliban.
Helikopter tentera terbang di atas Masjid Eidgah dalam daerah Reka Khana, di mana asap naik berkepul- kepul ketika polis dan kementerian dalam negeri berkata pertelingkahan sedang berlaku, di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat dekat Stadium Kabul.
Jurucakap polis Kabul, Hashmat Stanikzai, mengesahkan pertempuran sedang berlaku dekat masjid berkenaan, dan berkata beliau tidak dapat mengesahkan jumlah mangsa.
“Polis sudah menutup kawasan berkenaan,” tambahnya. — AFP BEIJING: China dan El Salvador menjalin hubungan diplomatik semalam selepas negara Amerika Tengah itu meninggalkan Taiwan dalam satu lagi kemenangan buat Beijing dalam kempennya untuk meminggirkan pulau tersebut.
Beijing telah menggunakan pengaruh ekonomi untuk mengupas sokongan antarabangsa bagi pulau yang diperintah secara demokratik itu, meninggalkannya dengan hanya 17 sekutu diplomatik di seluruh dunia.
Berucap di Beijing di Rumah Tetamu Diaoyutai, Menteri Luar China Wang Yi memuji keputusan El Salvador untuk “mengiktiraf bahawa di dunia terdapat satu China”.
“Ini seterusnya menunjukkan dasar Satu China selari dengan norma antarabangsa, adalah pilihan yang betul dan merupakan asas bagi hubungan China dengan manamana negara,” katanya.
Menteri Luar El Salvador, Carlos Castaneda, selepas menandatangani dokumen dengan Wang untuk mer- asmi-kan perhubungan, berkata negaranya telah membuat “keputusan strategik” dan mengambil “jalan yang betul dan manfaat bagi rakyat kedua-dua negara”.
Presiden El Salvador, Salvador Sanchez Ceren, berkata dalam satu ucapan menerusi televisyen kebangsaan pada malam kelmarin: “Kami yakin ini adalah langkah ke arah yang betul, yang selari dengan prinsip undangundang antarabangsa, perhubungan antarabangsa dan trend pada zaman kita yang tidak dapat dielakkan.”
Pengumuman di Beijing itu menyusuli keputusan Taiwan untuk memutuskan hubungan dengan El Salvador selepas ia dimaklumkan bahawa negara itu merancang untuk mengiktiraf Beijing.
“Kehilangan sekutu diplomatik bukan satu insiden terpencil. Ia merupakan sebahagian daripada siri ugutan dan intimidasi oleh China,” kata Presiden Taiwan Tsai Ing-wen di satu sidang akhbar di Taipei.
Berita itu diterima sejurus selepas Tsai, yang cuba menaikkan profil Taiwan pada peringkat antarabangsa, menamatkan jelajah ke Amerika Latin termasuk lawatan ke Amerika Syarikat, yang mengundang kritikan dari China.
Beliau turut melawat negara- negara sekutu Belize dan Paraguay sewaktu jelajah tersebut.
Menteri Luar Taiwan Joseph Wu berkata Taipei “tidak akan terbabit dalam di- plomasi dolar dengan China”, dan menambah El Salvador telah meminta “pembiayaan yang amat besar” untuk satu projek pembangunan pelabuhan, yang Taiwan tidak sanggup berikan kerana ia akan menyebabkan keduadua negara itu menanggung hutang.
Tindakan El Salvador meninggalkan Taiwan dengan jumlah sekutu yang semakin berkurangan di seluruh dunia selepas lebih banyak negara mengiktiraf China, yang menganggap pulau demokratik yang memerintah diri sendiri itu sebagai wilayah pemberontak dalam negaranya.
“El Salvador telah membuat pilihan untuk memberikan komitmen kepada satu China tanpa sebarang prasyarat, dan dengan demikian berdiri dengan kebanyakan negara di dunia,” kata Wang dalam kenyataan yang seakan-akan bertujuan untuk menangkis awal tuduhan Taiwan bahawa China telah membeli kesetiaan negara kecil Amerika Latin itu.
Namun, ujarnya, negara itu “akan memperolehi keuntungan yang nyata daripada kerjasamanya dengan China”.
Tsai berkata ini adalah tanda jelas bagi tekanan China yang berterusan, dan sudah melangkaui sekadar isu antara selat.
“Niat China di rantau Asia adalah jelas, terutamanya untuk mencabar atau malah menggantikan susunan antarabangsa yang diketuai kuasa tradisional,” kata Tsai.
“China berhasrat untuk mengetengahkan pengaruh dan kuasanya di rantau ini menerusi tekanan yang semakin meningkat ke atas Taiwan.”
Perhubungan antara Taipei dan Beijing bertambah buruk sejak Tsai memegang kuasa selepas kerajaannya enggan mengakui Taiwan merupakan sebahagian daripada “satu China”.
China telah meningkatkan usaha untuk mencuri sekutu Taiwan sejak Tsai menjadi pemimpin pada 2016.
El Salvador merupakan kehilangan diplomatik kelima di bawah pemerintahannya dan ketiga pada tahun ini, selepas Burkina Faso dan Republik Dominica.
Negara kecil Sao Tome di Afrika mengiktiraf Beijing pada hujung 2016 diikuti Panama pada Jun tahun lepas.
Taiwan dan China sudah terbabit dalam perang diplomatik selama bertahun-tahun di negara membangun. Sokongan ekonomi dan bantuan lain sering digunakan sebagai tawaran untuk pengiktirafan diplomatik. — AFP