Karnival Ambang Merdeka Sibu Jaya terus menjadi tumpuan ramai
SIBU: Karnival Ambang Merdeka Sibu Jaya yang rancak berlangsung ketika ini terus menjadi tumpuan ramai.
Selepas berakhirnya Pesta Air Sibu Jaya yang mendapat sambutan pagi kelmarin (Sabtu), acara sebelah malam kelmarin juga mendapat sambutan.
Antara yang menjadi tumpuan ialah pertunjukan api dipersembahkan Rave YMCA yang ‘ memukau’ hadirin yang hadir.
Anggota kumpulan terdiri daripada anak-anak muda dilatih individu berpengalaman dilihat seolah-olah menelan, bermain, berputar, menari dan memuntahkan api yang sangat menghiburkan orang ramai.
Di pentas utamanya, berlangsungnya acara peringkat separuh akhir Ratu Cantik Fun 5 Sibu Jaya.
Peserta diuji dari segi pengetahuan am dengan soalannya menggunakan bahasa Inggeris.
Apabila ditanya kenapa menggunakan bahasa Inggeris, kebanyakan peserta berkata mereka mahu memperbaiki bahasa tersebut untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Pertandingan itu bera- khir malam 30 Ogos dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ( MDLBS) Robert Lau menjadi tetamu pada malam ambang sambutan Hari Kebangsaan.
Semua acara tersebut diadakan di pekarangan komersil Sapphire East di SibuJaya.
Bagi pertanyaan lanjut acara dihoskan oleh MDLBS, Distrepark Sdn Bhd dan Embun Kiara, sila hubungi talian 084-235888.