Sarawak Kids Got Talent 2018 platform kanak-kanak tunjuk bakat, kata Fatimah
KUCHING: Sarawak Kids Got Talent 2018 merupakan platform untuk kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun menunjukkan bakat terpendam masing-masing.
Sehubungan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berharap untuk menyaksikan sesuatu yang terbaik daripada kanak-kanak tersebut.
“Kita beri peluang kepada kanak- kanak untuk memberikan kita persembahan terbaik daripada yang terbaik,” katanya ketika pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Sarawak Kids Got Talent (SKGT) Bil.3 2018 semalam.
Tambahnya, penghakiman juri bagi prasekolah dan dan tadika swasta akan diadakan di Dewan SMK Tun Abang Haji Openg pada 5 September.
Sementara Tadika Perpaduan pada 13 September di Tadika Bumbok, Tabika KEMAS pada 17 September di Auditorium Sultan Iskandar, Tadika SEDIDIK pada 8 September di Riverside Shopping Mall dan taska swasta pada 18 September di tempat yang belum ditentukan pihaknya.
Kategori yang dipertandingkan adalah Pengucapan Awam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Iban dan Mandarin dengan sijil, trofi dan tunai RM700 bagi setiap seorang.
Bagi Pertandingan Tarian Bebas (bawah empat tahun) dan Pertandingan Tarian Bebas ( lima hingga enam tahun) akan diberi sijil, trofi dan RM2,000 sepasukan.
Pertandingan Nyanyian Solo (bawah empat tahun), Pertandingan Nyanyian Solo (lima hingga enam tahun), Pertandingan Melukis (empat hingga enam tahun) dan Special Talent (Terbuka) masingmasing akan menerima sijil, trofi dan tunai RM700.
Juga hadiah sagu hati penyertaan iaitu sijil dan tunai RM100.
Setiap pemenang akan berpeluang membuat persembahan pada 19 Oktober iaitu jam 2.30 petang di Auditorium P.Ramlee RTM Sarawak.
Bagaimanapun penyertaan hanya terbuka kepada kanak-kanak yang berdaftar di prasekolah di Sarawak sahaja.