Utusan Borneo (Sarawak)

‘KUBUR KERAMAT’ BERUSIA LEBIH 100 TAHUN DIPERBUAT DARIPADA BATU UNIK

-

PUSARA lama berusia 100 tahun digelar penduduk sebagai ‘kubur keramat’ memiliki ukiran batu-batu unik antara 30 pusara di kawasan perkuburan ‘tidak bernama’ terdapat sepanjang Sungai Miri Kecil berdekatan kawasan perumahan Desa Senadin dan Tudan Fasa II di Miri.

Seorang penduduk, Sarihat Yahya, 60-an mendedahka­n, lokasi kubur keramat itu ditemui arwah datuknya semasa beliau pergi berburu di sepanjang sungai kecil itu pada masa dahulu ketika kawasan berkenaan masih hutan tebal.

“Setiap malam Jumaat, datuk saya melihat cahaya naik ke langit dari satu lokasi, tepat di mana kubur itu terletak dan pada satu hari beliau memutuskan untuk memeriksa kawasan itu dan menemukan kubur lama di situ,” katanya.

Beliau mengimbas semula cerita mengenai penemuan ‘kubur keramat’ itu semasa acara gotongroyo­ng membersihk­an kawasan tanah perkuburan lama tersebut semalam.

Turut hadir menyertai acara gotong-royong itu ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, waris keluarga dan masyarakat Kedayan dari Lutong dan Miri.

Menurut cerita orang dahulu, makam tersebut dipercayai milik seorang Sheikh yang dipenggal kepalanya dan badannya dikuburkan di situ.

Manakala kepalanya dibuang ke tempat lain sekitar Kuala Baram, tetapi kepala itu dikatakan kembali sendiri kepada ‘badannya’ lalu dikebumika­n di situ juga.

Menurut Sarihat, tidak juga diketahui mengapa pembunuhan itu berlaku tetapi penduduk kampung terkejut mendapati kubur keramat sentiasa dalam keadaan ‘dijaga baik’.

Beliau berkata, kerana itu juga digelar kubur keramat dan tidak kurang yang menganggap­nya kubur suci oleh penduduk kampung tinggal sepanjang Sungai Miri Kecil itu dahulu dan kini hanya tinggalan kubur-kubur nenek moyang mereka dikuburkan bersama di ka- wasan kubur keramat itu.

Menurut Sarihat, nenek moyang dan saudara maranya turut dikuburkan di kawasan kubur lama itu dahulu.

“Sekarang, agak sedih melihat keadaan kubur itu kerana terdapat beberapa batu unik ada pada pusara itu dicuri oleh orang tidak bertanggun­gjawab dan mengambiln­ya untuk tujuan lain.

“Sebelum terdapat banyak ukiran batu menyerupai ‘lesung’ dan bekas disimpan di sebelah pusara namun semua batu-batu itu sudah hilang sekarang,” katanya.

Seorang penduduk yang baik hati dikatakan membina pagar sekeliling makam tersebut dan membayar penduduk untuk membina pagar simen mengelilin­ginya.

“Kami terus mengadakan gotong-royong dengan NGO dan organisasi untuk menjadikan tanah perkuburan sentiasa bersih dan kemas pada setiap masa,” kata Sarihat.

Beliau berkata, sebelum itu tidak mudah pergi ke kubur tersebut kerana penduduk kampung perlu melewati Sungai Miri Kecil melawat tanah perkuburan lama itu dari Tudan Fasa II.

Kini, selepas kawasan perumahan terletak berhampira­n wujud semakin mudah orang ramai mengunjung­i kawasan kubur lama itu dari Desa Senadin di sini.

Beliau mendedahka­n, keunikan kubur suci itu terletak pada reka bentuknya terukir dengan bentuk seperti lesung dan lain-lain lagi yang dicuri.

“Selain itu, terdapat juga pagar dibina hasil dari- pada peruntukan diberi seorang wakil rakyat tempatan dahulu namun kini sudah tua dan berkarat serta memerlukan pagar baharu,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? LAMA: Kubur keramat dipercayai berusia lebih 100 tahun dan diperbuat daripada batu.
LAMA: Kubur keramat dipercayai berusia lebih 100 tahun dan diperbuat daripada batu.
 ??  ?? TURUT SERTA: Sebahagian daripada mereka yang mengambil bahagian dalam acara gotong-royong terdiri masyarakat Kedayan dan waris keluarga.
TURUT SERTA: Sebahagian daripada mereka yang mengambil bahagian dalam acara gotong-royong terdiri masyarakat Kedayan dan waris keluarga.
 ??  ?? KERAMAT: Pada malam tertentu ada cahaya kelihatan dari kubur ini dan dikatakan memancar ke langit.
KERAMAT: Pada malam tertentu ada cahaya kelihatan dari kubur ini dan dikatakan memancar ke langit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia