Utusan Borneo (Sarawak)

RANGKUL TIGA PINGAT EMAS SASARAN SALBA

Awang Mahyan optimis skuad boling padang negeri mampu perbaiki kutipan pingat pada temasya SUKMA XIX

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Presiden Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA), Awang Mahyan Awang Mohamed optimis skuad negeri mampu memperbaik­i kutipan pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA XIX) berlangsun­g di Kompleks Lawn Bowls, Kompleks Sukan MBI, Ipoh dari 13 hingga 21 September ini.

Menurutnya, pada edisi kali ini skuad boling padang Sarawak meletakkan sasaran untuk merangkul tiga pingat emas.

“Pada SUKMA 2016 di Sarawak, kita berjaya memenangi satu pingat emas dalam acara berempat wanita dan satu gangsa dalam acara pairs wanita. Kali ini, kita menyasarka­n tiga pingat emas dan saya cukup yakin atlet-atlet kita mampu mencapainy­a. “Atlet-atlet telah berlatih dengan gigih di bawah kendalian jurulatih berpengala­man, Zuraidi Puteh selain mengikuti beberapa latihan pendedahan dan pertanding­an di Semenanjun­g Malaysia,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bendera kontinjen negeri di Arena Lawn Bowls Sarawak di sini semalam.

Menurut Awang Mahyan, peluang utama Sarawak untuk meraih emas sekali lagi digalaskan di bahu kuartet wanita yang merangkul emas pada SUKMA 2016.

Begitupun, beliau dengan nada yakin percaya beberapa atlet lain termasuk yang atlet baharu juga berpotensi melakarkan kejutan pada temasya SUKMA 2018 di Perak.

“Saya tidak melihat satu perkara mustahil untuk kita merealisas­ikan sasaran tiga emas jika semua atlet dapat mengekalka­n konsistens­i dan mempamer persembaha­n terbaik nanti,” katanya.

Sarawak membariska­n seramai 14 atlet terdiri tujuh lelaki dan tujuh wanita dengan atlet lelaki ialah Mohd Iskandar Zulkairnai­n Sukardi, Abdul Rahman Amminuddin, Mohamad Amirul Hafizi Jaffar, Muhammad Ramadhan Jeffy, Mohd. Azhar Samara, Haniz Nur Hakim Mohamad Helmi dan Awang Mohd Sharszan Fyirman Awang Nasaruddin.

Manakala atlet wanita ialah Nur Fitrah Rosmadi, Sh Syaza Nisrina Mumtaz Wan Jemudin, Jamiah Hasbi, Nur Fitri Rosmadi, Nina Hairani Nor Mohamad, Nur Fithri Aisyah Hamdin dan Fatin Izzati Jamri.

Tiga jurulatih lain membantu Zuraidi ialah Mohd Fairus Abang Deni (penolong jurulatih), Saiful Adli Saimi (jurulatih) dan Syed Iqmaluddin­a Wan Azman (jurulatih) manakala Abdillah Zain selaku pengurus pasukan dan Hamimah Sejeli sebagai ‘Chepron Wanita’.

Acara boling padang menawarkan sembilan pingat emas menerusi lima acara iaitu beregu campuran, perseorang­an (lelaki/wanita), berpasanga­n (lelaki/wanita), bertiga (lelaki/ wanita) dan berempat (lelaki/ wanita).

Pada SUKMA 2016 di Sarawak, kita berjaya memenangi satu pingat emas dalam acara berempat wanita dan satu gangsa dalam acara pairs wanita. Kali ini, kita menyasarka­n tiga pingat emas dan saya cukup yakin atlet-atlet kita mampu mencapainy­a.” Awang Mahyan Awang Mohamed Presiden SALBA

 ??  ??
 ??  ?? OPTIMIS: A Awang Mahyan (enam kanan) menyerahka­n bendera kontinjen kepada Abdillah (enam kiri) yang turut disertai barisan jurulatih dan atlet boling padang di Kuching semalam.
OPTIMIS: A Awang Mahyan (enam kanan) menyerahka­n bendera kontinjen kepada Abdillah (enam kiri) yang turut disertai barisan jurulatih dan atlet boling padang di Kuching semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia