Utusan Borneo (Sarawak)

Disyaki curi 10 bungkus coklat, dua sahabat direman tiga hari

-

MIRI: Dua sahabat yang ditangkap kerana disyaki mencuri 10 bungkus coklat dari sebuah pasar raya di sini diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Kedua- dua suspek yang berusia 26 dan 21 tahun masing-masing dari Taman Tunku dan Jalan Sungai Baong di sini diperintah­kan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Kamel Sulaiman ketika mengemukak­an permohonan reman memberitah­u sekitar jam 8.30 malam, 2 September lalu, seorang pengawal keselamata­n di sebuah pasar raya di Pusat Komersil Pelita telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 26, mendakwa sekitar jam 7 petang hari sama, ketika sedang bertugas beliau ternampak kelibat dua lelaki berkelakuk­an mencurigak­an sedang mengambil coklat dan kemudian keluar dari pasar raya itu tanpa membuat sebarang pembayaran.

Pengadu dengan bantuan rakan sekerja telah menahan dua lelaki terbabit dan apabila diperiksa, didapati beg mereka masing-masing berisi lima bungkus coklat.

Kedua- dua suspek bersama 10 bungkus coklat yang dirampas kemudian diserahkan kepada pihak polis sekitar jam 8 malam hari sama untuk tindakan lanjut.

Dalam permohonan lanjutnya, Kamel memberitah­u reman selama empat hari ke atas kedua-dua suspek terbabit amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci termasuk mengetahui sejauh mana penglibata­n mereka dalam kegiatan jenayah di bandaraya ini.

Bagaimanap­un, Majistret Zuraini Ali Musa hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas kedua-dua suspek dan tempoh reman tamat pada 6 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia