Utusan Borneo (Sarawak)

Banduan dipenjara, sebat atas lima tuduhan menipu

-

MIRI: Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara 118 bulan dan tujuh kali sebatan oleh Mahkamah Majistret setelah mengaku bersalah atas lima tuduhan menipu tiga individu berhubung tawaran kerja yang tidak wujud.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya, kepentinga­n awam serta mengambil kira rekod kesalahan lampau tertuduh yang pernah disabitkan dengan kesalahan serupa pada tahun 2010.

Osman Hamdan, 39, dari Pujut Adong di sini telah didakwa atas lima tuduhan menipu (tiga kes) mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang daripada setahun serta tidak melebihi 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan yang dihadapi.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh didapati dengan curang telah menipu Aiman Abdullah, 38, dengan memperdaya­kan mangsa supaya mempercaya­inya dapat membantu mendapatka­n pekerjaan di sebuah syarikat minyak dan gas di Brunei Darussalam sehingga men- dorong mangsa menyerahka­n wang RM700 kepadanya bagi urusan tersebut, sedangkan pekerjaan itu tidak wujud.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 petang, 18 April tahun ini di sebuah lot di Pujut Adong 1D di sini.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh juga telah menipu seorang wanita, Nazirah Lurin, 21, berhubung tawaran kerja di sebuah syarikat minyak dan gas di Brunei sehingga mendorong mangsa memasukkan wang RM1,500 ke dalam akaunnya (tertuduh) dan juga menyerahka­n RM200 kepada tertuduh untuk urusan mendapatka­n pekerjaan itu yang sebenarnya tidak wujud.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 2 petang, 18 Mac tahun ini di sebuah lot di Pujut Adong 1D di sini.

Sementara dalam kes ketiga, tertuduh telah didakwa atas tiga tuduhan menipu seorang wanita, Rosieanna Usang, 22, dengan memperdaya­kan mangsa supaya mempercaya­inya dapat membantu mendapatka­n pekerjaan di sebuah syarikat minyak dan gas di Brunei Darussalam sehingga mendorong mangsa memasukkan wang sebanyak dua kali masing-masing berjumlah RM300 dan RM200 ke dalam akaun tertuduh dan juga menyerahka­n wang RM132 kepadanya.

Ketiga-tiga kesalahan itu telah didakwa dilakukan Osman masing-masing pada jam 12.16 tengah hari, 5 Mac dan jam 6.31 petang, 13 Mac di sebuah bank di Pusat Komersil Boulevard di sini serta pada jam 5 petang, 13 Mac tahun ini di sebuah lot di Pujut Adong 1D di sini.

Bagi kes pertama, tertuduh dikenakan hukuman penjara 28 bulan dan dua kali sebatan dan kes kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 26 bulan dan dua sebatan.

Manakala dalam kes ketiga, bagi tuduhan pertama tertuduh dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan sekali sebatan, tuduhan kedua penjara 20 bulan dan sekali sebatan serta tuduhan ketiga dikenakan hukuman penjara 26 bulan serta sekali sebatan.

Mahkamah memerintah­kan ketiga-tiga hukuman dalam kes ketiga itu berjalan serentak namun berurutan dengan hukuman bagi kes pertama dan kedua menjadikan hukuman keseluruha­n yang perlu dijalani tertuduh adalah selama 80 bulan dan tujuh sebatan.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani kesemua hukuman penjara itu di Penjara Pusat Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor dan ASP Mary Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia