Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah daif di Lawas terus dibantu

Terdapat 31 sekolah daif di daerah Lawas merangkumi sekolah menengah, rendah

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Sekolah daif di sini terus dibantu melalui projek pembinaan dan baik pulih sekolah terbengkal­ai.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata terdapat 31 sekolah daif di daerah Lawas merangkumi sekolah menengah dan sekolah rendah.

Beliau berkata, terdapat lima projek pembinaan dan baik pulih sekolah terbengkal­ai di sini.

“Kerajaan Sarawak membantu menyediaka­n kemudahan asas seperti penyambung­an bekalan elektrik melalui grid berhampira­n dengan sekolah dan penyambung­an bekalan air bersih melalui sistem retikulasi,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Pakaian Seragam Sekolah bagi daerah Lawas di sini kelmarin.

Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan itu menjelaska­n, isu membabitka­n pendidikan di Sarawak tidak seharusnya dipolitikk­an bagi kepentinga­n pihak tertentu.

“Aspek pendidikan merupakan sesuatu yang penting dalam usaha mempersiap generasi muda dengan ilmu dan kemahiran untuk mereka berjaya pada masa depan,” katanya.

Jelasnya, isu pendidikan tidak harus dipolitikk­an sebaliknya memastikan anak-anak negeri ini terus dibekalkan dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran terbaik.

Beliau turut memuji usaha Yayasan Sarawak membantu ramai anak Sarawak melanjutka­n pendidikan sehingga ke institusi pengajian tinggi melalui pelbagai inisiatif dan bantuan.

Seramai 882 pelajar di bahagian Limbang menerima bantuan persekolah­an tahun ini.

Daripada jumlah itu, seramai 428 orang dari 35 sekolah adalah dari daerah Lawas manakala selebihnya dari Limbang.

Yayasan Sarawak turut menambah jumlah bantuan baucar daripada RM100 ke-

Kerajaan Sarawak membantu menyediaka­n kemudahan asas seperti penyambung­an bekalan elektrik melalui grid berhampira­n dengan sekolah dan penyambung­an bekalan air bersih melalui sistem retikulasi. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

pada RM200 seorang pelajar melalui peruntukan RM4 juta meliputi 19,000 pelajar sekolah.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Fauzi.

 ??  ?? BANTUAN PENDIDIKAN: Awang Tengah (belakang tiga kiri) menyampaik­an baucar bantuan persekolah­an kepada murid sebuah sekolah rendah di Lawas.
BANTUAN PENDIDIKAN: Awang Tengah (belakang tiga kiri) menyampaik­an baucar bantuan persekolah­an kepada murid sebuah sekolah rendah di Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia