Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja meratakan permukaan jalan dijangka siap seminggu

-

MIRI: Kerja meratakan semula permukaan beberapa kawasan di sepanjang jalan raya Kuala Baram hingga ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) sudah dimulakan kelmarin dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, sebelum ini beliau menerima aduan daripada pengguna jalan raya termasuk dari Brunei berhubung permukaan jalan yang berbonjol dan tidak rata.

“Kita sudah mengenal pasti tujuh kawasan yang mengalami masalah ini yang berpunca daripada pemasangan pembetung bawah tanah menyebabka­n permukaan jalan raya itu mendap.

“Justeru kerja meratakan semula ini turut menaikkan paras jalan raya yang sudah mendap. Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM484,237,” katanya semasa melakukan tinjauan ke salah satu lokasi di Jalan Kuala Baram semalam.

Hadir sama Penolong Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Stephen Ung, kakitangan JKR dan wakil kontraktor.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, beliau banyak menerima aduan berhubung keadaan jalan yang yang rosak tersebut dan membahayak­an pengguna.

“Sekarang kita sudah ada dana untuk menurap semula jalan dari arah Kuala Baram ke Miri. Sekiranya ada peruntukan tambahan, kita akan melakukan penurapan semula di jalan dari arah Miri ke Kuala Baram,” katanya.

Lee menambah, Jalan MiriKuala Baram dari kawasan Go Kart masih di bawah Kerajaan Sarawak manakala jalan menghubung­kan Miri dengan Brunei, Limbang, Lawas dan Sabah di bawah projek Pan Borneo.

Mengenai kawasan kerap kemalangan di simpang Lapangan Terbang Miri, beliau berkata langkah jangka panjang sudah diambil dengan pemasangan lampu trafik dalam masa terdekat dan dijangka beroperasi menjelang tahun ini.

Katanya, tender tersebut sudah dibuka dan ditutup pada 12 September ini.

 ??  ?? TURUN PADANG: (dari kiri) Lee, Ung dan yang lain melawat tapak pemasangan lampu trafik di kawasan kerap kemalangan di simpang bersebelah­an Lapangan Terbang Miri.
TURUN PADANG: (dari kiri) Lee, Ung dan yang lain melawat tapak pemasangan lampu trafik di kawasan kerap kemalangan di simpang bersebelah­an Lapangan Terbang Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia