Utusan Borneo (Sarawak)

Program Sarawak Shell LiveWIRE kini kembali lagi

-

konkrit pemberhent­ian itu untuk apa, adakah syarikat berkenaan mengalami kerugian dan bila rugi dengan bukti,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Persidanga­n Tritahunan Delegasi Ke- 11 Kesatuan Pekerja Telekom Malaysia Berhad Sarawak (UTES) semalam.

Tambah Shafie, kesatuan juga berpeluang membawa kes terbabit ke Jabatan Perhubunga­n Perusahaan dan Jabatan Tenaga Kerja untuk perkara seterusnya kecuali tiga kaedah itu tidak diguna pakai dan semua berpuas hati maka perkara pampasan itu akan dibawa berbincang.

“Majikan tidak boleh sewenang- wenangnya mengetepik­an pekerja begitu sahaja dan mereka perlu membayar pampasan,” tegasnya.

Pada masa yang sama, mereka yang tidak mempun- yai kesatuan boleh melaporkan hal tersebut kepada Jabatan Perhubunga­n Perusahaan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubunga­n Perusahaan.

Bagaimanap­un mereka tidak akan mendapat pembelaan sebagaiman­a mereka yang haknya dijaga di bawah kesatuan sekerja.

Nisbahnya masih di bawah 10 peratus, namun majikan dinasihati tidak mengam- bil kesempatan membuang pekerja mereka sesuka hati.

Majikan perlu memahami bahawa pekerja yang dipecat atau diberhenti­kan mempunyai keluarga dan pendapatan yang diperoleh bukan untuk mereka sendiri sahaja, tegasnya.

Beliau bagaimanap­un tidak menolak kemungkina­n terdapat majikan yang rakus dan akan bertindak membuang pekerja sesuka hati. KUCHING: Program Sarawak Shell LiveWIRE kini kembali lagi dan menyeru semua usahawan di Sarawak menjadi sebahagian daripada inisiatif ini, yang dapat mengubah masa depan mereka.

Dimulakan pada 2016, program ini membantu usahawan yang komited untuk memulakan dan mengembang­kan idea perniagaan dalam pelbagai cara.

Setiap usahawan yang menyertain­ya akan dibimbing dalam beberapa siri bengkel bagi membantu mereka menghasilk­an idea-idea perniagaan, menguji model perniagaan dan menyediaka­n mereka untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Pada penghujung program, peserta akan menjalani pertanding­an yang menyasarka­n untuk menyediaka­n kemahiran kepada usahawan bagi mengembang­kan perniagaan mereka.

Lima pemenang akan dipilih memenangi geran RM10,000 selain turut dibimbing untuk memulakan perniagaan, daripada fasilitato­r Sarawak Shell LiveWIRE bagi tempoh tiga tahun seterusnya.

Setakat ini, hampir 150 usahawan telah menyertai program ini.

Program Sarawak Shell LiveWIRE 2018 akan dimulakan dengan bengkel ‘Bright Ideas’ di Kuching (15 September), Miri (22 September) dan Bintulu (30 September).

Jika anda anak Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas dan komited untuk menjadikan idea perniagaan sebagai realiti, sila mendaftar melalui ‘livewire.shell.com. my’ dan ‘live your dream!

Untuk maklumat lanjut, hubungi Alvin Chia di Alvin. Chia@shell.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia