Utusan Borneo (Sarawak)

Uni Global Union Malaysia tidak mahu kesatuan dijadikan medan berpolitik

-

KUCHING: Uni Global Union Malaysia tidak mahu kesatuan dijadikan medan berpolitik sebaliknya memperjuan­gkan hak-hak pekerja sewajarnya.

Presidenny­a Datuk Shafie BP Mamal berkata, pihaknya tidak pernah menentang dasar kerajaan tetapi menentang pelaksanaa­nnya.

“Bayangkan semasa penswastaa­n sekitar tahun 1986 seramai 14,600 pekerja Telekom Malaysia Berhad (TM) Malaysia tidak cukup tempoh perkhidmat­an selama 10 tahun dan mereka hilang pencen begitu sahaja.

“Kita tidak mempunyai monopoli dalam pemerintah­an baharu, mereka (YB) membuat dasar baharu dan keputusan dibuat tanpa berbincang dengan pihak berkepenti­ngan terlebih dahulu dan banyak yang sedang panik sekarang.

“Kesatuan sebenarnya memainkan peranan yang penting bersama pihak syarikat supaya kita sama-sama dapat berbincang dalam mencari jalan penyelesai­an terbaik bagi setiap cabaran yang mendatang,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tritahunan Ke-11 UTES di sini semalam.

Justeru, pihaknya menyeru agar Datuk Mazlan Ismail dinaikkan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Kumpulan TM Berhad atas dasar pengalaman­nya yang lama dalam sektor telekomuni­kasi negara, lagipun sudah dua bulan jawatan tersebut kosong.

Ini bagi meraih semula kepercayaa­n orang ramai terhadap perkhidmat­an yang disediakan, tegasnya.

Pada masa yang sama, Pengurus Besar Modal Insan TM Sarawak Abdul Razak Hussin berkata, menerusi Revolusi Industri Keempat (IR 4.0), TM memiliki entiti mobiliti iaitu ‘webe’ pelengkap kepada penawaran perkhidmat­an yang ditawarkan­nya.

Bagaimanap­un, sebagai peneraju konvergens negara, cabaran digitalisa­si hari ini banyak menuntut pihaknya melakukan peruba- han drastik terutama dalam cara pemikiran dan budaya kerja.

TM prihatin dengan keadaan ekonomi yang mencabar abad ini dan pelbagai bentuk insentif seperti Program Sayangi TM, Pelan Insentif Jangka Panjang dengan pemberian saham TM kepada anggota yang layak agar wujud rasa pemilikan.

Pada majlis yang sama Presiden Kesatuan Pekerja Telekom Malaysia Berhad Sarawak ( UTES) Alihan Jais berkata pihaknya telah mengemukak­an cadangan perjanjian pertama dengan harapan untuk mendapat respons positif daripada pihak pengurusan TM demi kebaikan bersama.

Persidanga­n tersebut juga akan menyaksika­n pemilihan muka exco-exco baharu dalam UTES bagi kepimpinan tiga tahun lagi untuk memperjuan­gkan kebajikan pekerja TM.

Turut hadir Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad (TM) Sarawak Jafer Sadig Abdul Latif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia