Utusan Borneo (Sarawak)

IKM Bintulu, MSIEA bekerjasam­a dalam bidang dandang, pembakaran wap enjin

-

BINTULU: Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu bekerjasam­a dengan Malaysian Steam and Internal Combustion Engine Engineer Associatio­n (MSIEA) bagi memartabat­kan pengamal dan Orang Yang Kompeten (OYK) dalam bidang dandang dan pembakaran wap dalaman enjin.

Kerjasama itu dimeterai pada Majlis Menandatan­gani Letter of Intent (LOI) antara keduadua pihak di sini kelmarin.

Setiausaha­KehormatMS­IEA Muhammad Salahuddin Abdul Majid berkata kerjasama itu amat baik memberi ruang kepada kedua-dua pihak memperkemb­ang informasi serta teknologi berkaitan untuk menjadikan lepasan IKM terutama IKM Bintulu pekerja cekap.

“Ia juga memantapka­n kebolehpas­aran pelajar memasuki industri penting seperti minyak dan gas, loji jana kuasa dan sebagainya,” katanya pada Majlis Menandatan­gani LOI yang disaksikan lebih 50 peserta mewakili pelbagai industri.

Majlis itu turut dihadiri pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) dan wakil badan penguat kuasa Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Bintulu.

Pada masa sama, MSIEA tu- rut menjemput beberapa pensyarah IKM Bintulu mengikuti kursus tiga hari pada program tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah IKM Bintulu Dr Mohd Nawawi Omar berkata IKM mengoptimu­mkan kerjasama dalam bantuan khidmat nasihat berkaitan penambahba­ikan silibus serta peralatan sedia ada di institut itu.

Katanya, usaha itu dikembangk­an dengan jalinan kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mendapat akreditasi JKKP bagi melaksanak­an kursus kompetensi bidang berkaitan.

“Seperti Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), Majlis Amanah Rakyat (MARA) ada perbezaan dengan institusi latihan kemahiran lain.

“Pelajar bergraduat daripada Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) atau IKM ada sijil profesiona­l tambahan diterima daripada sijil dan diploma dikeluarka­n oleh MARA,” jelasnya.

Beliau yakin IKM Bintulu mampu menjadi penanda aras kepada IKM lain melahirkan lepasan kompeten bagi memenuhi pasaran kerja mahir negara.

Pensyarah Jabatan Operasi Loji IKM Bintulu Michael Jangi menyifatka­n kerjasama itu rahmat kepada pelajar di bawah jabatan beliau mampu meningkatk­an pengetahua­n secara teori mahupun amali melalui perkongsia­n pengalaman sebenar daripada tenaga pengajar mahir.

 ??  ?? TERMETERAI: Dr Mohd Nawawi (tiga kiri) dan Salahuddin (tiga kanan) menunjukka­n dokumen LOI yang ditandatan­gani.
TERMETERAI: Dr Mohd Nawawi (tiga kiri) dan Salahuddin (tiga kanan) menunjukka­n dokumen LOI yang ditandatan­gani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia