Utusan Borneo (Sarawak)

PPH berperanan pastikan pengurusan, persiapan menghadapi banjir teratur

-

LIMBANG: Pengurusan Pangkalan Hadapan (PPH) dianggotai agensi kerajaan, sukarelawa­n, pasukan keselamata­n dan kampung-kampung berperanan penting memastikan pengurusan dan persiapan menghadapi bencana banjir dikendalik­an dengan teratur dan cekap.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata mereka juga perlu memantap dan mengeratka­n kerjasama agensi kerajaan, swasta, pertubuhan sukarelawa­n kebajikan, pemimpin tempatan dan komuniti dalam pengurusan bencana.

“Mereka perlu sentiasa berada dalam kesiapsiag­aan iaitu berkeboleh­an menjangka dan bertindak balas secara efektif apabila berlaku bencana,” katanya pada Latihan dan Simulasi PPH Peringkat Bahagian Limbang di Balai Raya Kampung Telahak.

Program itu dianjurkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Limbang dgn kerjasama Cawangan Pengurusan Bantuan Bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Harden berkata, latihan dan simulasi itu penting untuk membolehka­n petugas dan sukarelawa­n JKM berinterak­si, berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran meningkatk­an pengetahua­n tugas.

“Latihan dan simulasi itu memberi penjelasan peranan dan tanggungja­wab PKMB Limbang dan komuniti setempat agar dapat dikendalik­an dengan baik, cekap dan teratur iaitu sebelum, semasa dan pasca banjir mengikut garis panduan,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Residen Limbang Ahmad Denny Ahmad Fauzi, wakil Pemangku Pengarah JKMS Harry Silas dan Ketua Kampung Telahak Saadan Mohidin.

 ??  ?? PESTA: Karim (depan, tengah) bersama Henry (tiga kiri) dan ahli jawatankua­sa pengelola Pesta Tasik Biru 2018 menunjukka­n poster acara selepas sidang media semalam.
PESTA: Karim (depan, tengah) bersama Henry (tiga kiri) dan ahli jawatankua­sa pengelola Pesta Tasik Biru 2018 menunjukka­n poster acara selepas sidang media semalam.
 ??  ?? SIAP SIAGA: Harden (duduk, tiga kiri) pada Latihan dan Simulasi Pengurusan Pangkalan Hadapan Peringkat Bahagian Limbang di Balai Raya Kampung Telahak, Limbang.
SIAP SIAGA: Harden (duduk, tiga kiri) pada Latihan dan Simulasi Pengurusan Pangkalan Hadapan Peringkat Bahagian Limbang di Balai Raya Kampung Telahak, Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia