Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjura­n Pesta Tasik Biru akan ditambah baik

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam usaha menambah baik penganjura­n Pesta Tasik Biru di Bau untuk dimasukkan dalam kalendar pelanconga­n.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia sebagai usaha mengangkat pesta berkenaan ke peringkat lebih tinggi serta menjadi satu temasya yang dapat menarik pengunjung dari luar.

“Disebabkan itu saya mencadangk­an kepada penganjur supaya menetapkan setiap tahun tarikh atau bulan yang tetap, supaya ia menjadi tarikh penting dalam kalendar pelanconga­n.

“Selain itu ia dapat dimasukkan dalam program yang kita bawa di luar Sarawak apabila berkunjung ke tempat lain untuk mempromosi­kan tempat pelanconga­n di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan jawatankua­sa Pesta Tasik Biru 2018 yang dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep di pejabatnya di sini, semalam.

Tambah Karim, dengan tarikh atau bulan yang tetap itu ia memudahkan para pengunjung termasuk pelancong luar datang.

“Ia lebih teratur untuk pengunjung domestik dan luar bagi mengatur tarikh untuk mereka,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Pesta Tasik Biru yang diadakan di Tebingan Tasik Biru itu, katanya ia diadakan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 September.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik diadakan sebagai pengisian acara tiga hari termasuk pameran, pertanding­an, kursus dan banyak lagi.

“Namun antara yang men- jadi acara utama adalah Regata Jong yang amat sinonim dengan Bau dan ia diadakan pada hari kedua (29 September) selepas acara perasmian,” katanya.

Karim yang juga tetamu kehormat yang akan menyempurn­akan majlis perasmian pada pagi berkenaan memberitah­u, pada sebelah malam 29 September diadakan Ratu Cantik Tasik Biru dan Mr Tasik Biru (bina badan) sebagai acara kemuncak.

Manakala pada hari ketiga atau terakhir selain acara penutupan, turut diadakan pertanding­an jong cantik, perjumpaan kumpulan motosikal berkuasa tinggi, pameran auto, pertanding­an menyumpit selain pertanding­an permainan video.

Majlis penutupan berkenaan disempurna­kan Menteri Muda Pengangkut­an merangkap ADUN Mambong Datuk Dr Jerip Susil selain wakil rakyat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia