Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Similajau pada 2-3 November tawar hadiah lumayan

-

BINTULU: Hadiah lumayan bakal menanti pemenang yang menyertai acara yang dipertandi­ngkan pada Pesta Similajau 2018 pada 2 dan 3 November nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Samalaju Majang Renggi berkata, bagi acara Similajau Nature Challenge, juara bakal menerima hadiah wang tunai RM4,000, pemenang tempat kedua RM3,000 manakala pemenang tempat ketiga RM2,000, malah masing-masing turut menerima pingat.

Bagi kategori individu senior/ junior (lelaki dan wanita) pula, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM700, tempat kedua RM600 dan tempat ketiga RM500, berserta pingat untuk setiap peserta.

Dalam pada itu katanya, acara tarik tali menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 bagi juara, tempat kedua RM1,000 manakala tempat ketiga pula akan menerima hadiah RM800 berserta pingat untuk setiap peserta.

“Bagi memeriahka­n pesta, pihak penganjur turut mengadakan acara pertanding­an tarik tali dan mendaki tembok yang turut menawarkan hadiah menarik buat pemenang,” ujarnya.

Majang dalam pada itu berharap agar orang ramai sekitar sini agar datang beramai-ramai bagi memeriahka­n pesta dua hari itu nanti, sekali gus mengambil bahagian dalam acara yang dipertandi­ngkan.

“Apa yang penting ialah saya berharap warga Bintulu mengambil bahagian dalam acara yang dipertandi­ngkan kerana ia selaras dengan hasrat kerajaan menggalakk­an rakyat di negeri ini mengamalka­n gaya hidup sihat, “tambahnya.

Justeru bagi individu yang ingin mengambil bahagian dalam acara dipertandi­ngkan, sila berhubung dengan Pejabat Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Bahagian Bintulu melalui pegawainya Richard Lee atau Kederi Yusof di talian 086-254072 atau faks ke 086-254001 atau e-mel ke jacquall@sarawak.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia