Utusan Borneo (Sarawak)

Kembara anak muda dari Kuching ke Kudat disokong

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus menyokong baik usaha sekumpulan anak muda bagi siri pengembara­an jelajah Kuching ke Kudat dengan menunggang skuter Yamaha NVX-155 bermula 9 hingga 14 September ini.

Beliau menyuaraka­n hasrat untuk menaja sekumpulan anak muda terbabit kerana salah seorang daripada penunggang dalam kumpulan itu merupakan kelahiran Bukit Semuja.

“Ia adalah sesuatu yang sihat dan boleh dicontohi oleh para belia lain di sini.

“Kerana jarang sekali kita dapat melihat anak muda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang megambil inisiatif untuk menganjurk­an acara seumpama ini, tambahan lagi ia sempena sambutan Hari Malaysia tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui semalam.

Selain itu, John turut mencadangk­an kepada kumpulan tersebut agar menyampaik­an mesej-mesej positif di sepanjang kembara mereka selain tentang Hari Malaysia.

Kumpulan itu juga diharap berupaya membantu PBT melaksanak­an kempen anti membuang sampah di merata tempat yang mereka kunjungi nanti.

Sementara itu, ketua konvoi Suhaimi Hassan berkata beliau berasa amat terharu atas sokongan yang diberikan John.

Katanya konvoi itu juga bertujuan menangkis persepsi negatif masyarakat terhadap golongan mat motor yang selalu dikaitkan dengan rempit dan gejala negatif lain.

“Kami juga hendak membuktika­n bahawa pencinta dua roda juga ada sikap cintakan negara dan patriotik. Maka itu sebabnya konvoi ini dijayakan,” jelasnya.

 ??  ?? SOKONGAN: John (dua kanan) menyampaik­an kemeja-T TBS23 (Team Bukit Semuja 23) kepada para wakil konvoi semalam.
SOKONGAN: John (dua kanan) menyampaik­an kemeja-T TBS23 (Team Bukit Semuja 23) kepada para wakil konvoi semalam.
 ??  ?? SOP: Uggah (tengah) bersama Ritchie (dua kiri) dan Dr Adrian (kiri) ketika mengadakan lawatan ke SVDL di Kota Samarahan, semalam.
SOP: Uggah (tengah) bersama Ritchie (dua kiri) dan Dr Adrian (kiri) ketika mengadakan lawatan ke SVDL di Kota Samarahan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia