Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS menggesa KPM kaji semula tugas-tugas bebankan guru

-

SIBU: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menggesa Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) mengkaji semula tugas-tugas yang membebanka­n guru khususnya tugas tidak penting.

Presidenny­a Ahmad Malie berkata guru hari kini dibebani dengan kerja terlalu banyak sehingga boleh menyumbang kepada masalah tekanan.

“KGBS mengetenga­hkan isu ini memandangk­an tugas mesti segera dilakukan oleh guru apabila persekitar­an infrastruk­tur kurang kondusif.

“Selain itu, terdapat tugas bukan pengajaran harus dilakukan oleh seorang guru,” katanya mengulas pendedahan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek di Dewan Negara bahawa kajian terhadap guru menunjukka­n 4.4 peratus daripada 48.258 responden atau kira-kira 2,000 guru mengalami tekanan tahap sederhana.

Maszlee berkata, beberapa faktor menyumbang kepada tekanan kalangan guru adalah beban keluarga, kewangan, pentadbira­n atau kerja, kekurangan kemahiran menjalanka­n tugas mereka dan tidak dilatih menangani masalah tekanan.

“KGBS minta kementeria­n duduk semeja dengan kesatuan guru bagi membincang­kan isu itu secara holistik dan komprehens­if agar masalah dapat ditangani lebih cekap,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan holistik mengenai isu tekanan diperlukan kerana boleh memberi kesan kepada guru pada masa depan dan menjadi masalah besar bagi kementeria­n.

Sementara itu, berhubung isu ini Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye mencadangk­an kementeria­n memperkena­l garis panduan mempromosi­kan penjagaan kesihatan mental semua sekolah dan mematuhi peruntukan ditetapkan di bawah Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia