Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO Miri terima permohonan pencen ilat pesakit strok

-

MIRI: Seorang pesakit angin ahmar atau strok mendapat perlindung­an di bawah Skim Pencen Ilat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Cawangan Miri.

Pengurus PERKESO Miri Griffin Francis berkata, pihaknya telah menerima pemohonan pencen ilat daripada pemohon dan pemeriksaa­n lanjut mengesahka­n kelayakann­ya.

Tambahnya, semakan kelayakan di bawah Skim Pencen Ilat mendapati pemohon terbabit memenuhi syarat kelayakan umur dan caru- man.

“Ketika notis ilat diterima umur beliau ialah 46 tahun iaitu di bawah 60 tahun manakala di bawah syarat kelayakan caruman menunjukka­n dia telah mencarum 1/3 dari mula tarikh mencarum Januari 1990 hingga April 2003,” katanya di sini, semalam.

Griffin berkata pemohon pencen ilat berkenaan juga telah dirujuk ke jemaah doktor di Miri pada 15 Ogos lalu dan telah disahkan menghidap keilatan akibat strok.

“Selain menerima pencen bulanan seumur hidup, beliau juga layak menerima elaun layanan sentiasa RM500 setiap bulan kerana memerlukan seseorang untuk mengurus kehidupann­ya setiap hari,” jelasnya.

Di samping itu, pesakit itu juga akan layak menerima faedah pemulihan berupa alat-alat pemulihan seperti tiub angin, tilam hilo, kerusi roda, kemudahan commade, lampin dewasa dan susu Ensure.

Selain itu, pesakit juga akan menjalani fisioterap­i seperti yang disyorkan panel doktor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia