Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan persekutua­n hanya perlu patuhi Perjanjian Malaysia 1963, kata Soo

-

KUCHING: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak dapat dipulihkan begitu sahaja, baik menerusi Jawatankua­sa Kabinet Khas atau sebagainya.

Sebaliknya, kerajaan persekutua­n hanya perlu mematuhi perjanjian tersebut tanpa perlu memulihkan, membincang­kan, mengkaji atau membetulka­nnya.

Presiden Parti Reformasi Sarawak (STAR) Lina Soo berkata, MA63 telah dirundingk­an, ditandatan­gani dan dimeterai pada 9 Julai 1963, tetapi tidak pernah dipatuhi.

Justeru, katanya semakan tidak boleh dilakukan tanpa semua negara penandatan­gan - Britain, Malaya, Sarawak, Sabah dan Singapura kembali ke meja rundingan.

“Dokumen yang mati tidak boleh dihidupkan semula hanya dengan penubuhan Jawatankua­sa Khas. Ia hanya sia-sia tanpa keinginan poli- tik negara penandatan­gan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan terbaharu oleh Menteri Undang- Undang Datuk Liew Vui Keong bahawa akan ada Jawatankua­sa Kabinet Khas yang ditubuhkan sebagai tin- dakan balas kepada saranan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memulihkan MA63.

Menurut Soo, Liew tidak mempunyai kuasa untuk berurusan dengan MA63, yang merupakan perjanjian antarabang­sa yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.

“Menteri Undang- Undang dengan Jawatankua­sa Kabinet Khasnya tidak boleh menangani urusan multilater­al antarabang­sa yang memerlukan penyertaan Kerajaan Britain, Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura,” katanya.

Beliau menambah, sekiranya MA63 masih sah, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan persekutua­n adalah mematuhi semua yang dinyatakan dalam perjanjian itu.

“Tidak perlu lagi perbincang­an, ulasan dan pembetulan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia