Utusan Borneo (Sarawak)

Memenangi 18 kerusi pada PRN12 bukan tugas sukar bagi PKR

-

KUCHING: Memenangi 18 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) bukan tugas sukar bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini kerana menurut penganalis­is politik yang juga Pensyarah Kanan Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak Dr Saudi Narani, PKR semakin mantap sejak dua dekad lalu.

Selain itu katanya, kehadiran PKR di Sarawak dirasai semua pengundi sama ada di bandar atau luar bandar, selain merupakan parti pelbagai kaum.

“Untuk PKR memenangi 18 daripada 82 kerusi DUN pada PRN 2021 bukan suatu yang mustahil dengan landskap politik sekarang dan sentimen rakyat tidak berubah.

“Ditambah dengan Perdana Menteri baharu daripada PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim), akan meningkatk­an keyakinan rakyat terhadap pentadbira­n baharu,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Saudi berkata PKR yang mantap sejak penubuhann­ya telah membawa perubahan besar dalam senario politik negara dan ia akan dapat membawa ‘vox populi’ (suara rakyat) menerusi kepimpinan dan generasi baharu ahli politiknya.

Tambahnya menjadi parti politik dari Semenanjun­g Malaysia bukannya isu kerana perkara paling penting ialah mengutamak­an kepentinga­n rakyat, ikhlas berkhidmat, sensitif dan responsif kepada keperluan rakyat.

“Walaupun ada parti politik dari Sarawak, ( tetap) kurang pengalaman dan dalam kebanyakan kes ada konflik kepentinga­n terhadap kepimpinan serta kedudukan, ia sia-sia.

“Selain itu, adalah tidak mudah dan murah untuk membentuk parti politik baharu, apatah lagi dipupuk dan dikekalkan,” ujarnya.

Saudi bagaimanap­un yakin, Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan ‘memberi laluan mudah’ sebaliknya melakukan yang terbaik untuk mengekalka­n sebanyak mungkin kerusi pada PRN12 kelak.

Menurutnya, pencapaian yang tidak baik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, pastinya memberi banyak pengajaran kepada GPS.

“Kita tidak boleh lupa, bekas kerajaan BN (Barisan Nasional) mempunyai banyak legasi dalam aspek pembanguna­n dan projek-projek infra- struktur, meningkatk­an taraf hidup penduduk luar bandar dan banyak lagi perkara baik yang tidak mudah rakyat lupa.

“Jadi bagi saya, GPS mempunyai peluang sama baik untuk mengekalka­n kerajaan negeri (pada PRN12) nanti,” ujarnya.

Beliau berkata GPS mempunya kelebihan daya saing berbanding parti-parti politik lain dan perubahan besar boleh berlaku jika darah muda dilaburkan untuk bertanding pada PRN12 akan datang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengatakan parti itu menyasarka­n menang di 18 kerusi DUN pada PRN12 yang dijadual pada 2021.

Ujarnya, sasaran tersebut tidak mustahil dengan adanya persiapan yang baik oleh parti dalam tempoh dua tahun ini.

“Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan dan PKR adalah parti terbaik untuk rakan-rakan kita membawa isu-isu berkaitan tuntutan hak-hak negeri ini,” katanya.

Rafizi berkata demikian ketika berucap pada Program #Reformasi 20 Tahun di sebuah hotel di sini Ahad lalu.

 ??  ?? JAGA ALAM SEKITAR: Len (duduk, tengah) bersama guru dan pelajar pada majlis tersebut di Bintulu petang semalam.
JAGA ALAM SEKITAR: Len (duduk, tengah) bersama guru dan pelajar pada majlis tersebut di Bintulu petang semalam.
 ??  ?? SEMARAK MERDEKA: Aba Sam (depan, tiga kiri) menerima Jalur Gemilang daripada wakil sekolah sebagai gimik perasmian sambil disaksikan Sinah (depan, dua kiri) dan Zuraina (enam kanan).
SEMARAK MERDEKA: Aba Sam (depan, tiga kiri) menerima Jalur Gemilang daripada wakil sekolah sebagai gimik perasmian sambil disaksikan Sinah (depan, dua kiri) dan Zuraina (enam kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia