Utusan Borneo (Sarawak)

Program Kelab Pencinta Alam Sekitar memberi manfaat besar: Len

-

BINTULU: Pelaksanaa­n Program Kelab Pencinta Alam Sekitar ( PALS) anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar memberi manfaat besar kepada sebanyak 27 sekolah di negeri ini terlibat dalam program itu sejak 2016.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata usaha NREB melalui kerjasama syarikat industri tempatan ternyata bijak bagi mewujudkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

“Program Kelab PALS ini perlu diteruskan pada masa depan sebagai strategi jangka panjang meningkatk­an kesedaran alam sekitar dalam kalangan remaja selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Sarawak sebuah negeri bersih, hijau dan sejahtera,” katanya pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) Program Kelab PALS antara NREB dan 12 syarikat perindustr­ian di sini semalam.

Sejak diperkenal­kan pada 2012, NREB mengangkat 27 sekolah di negeri ini dengan jumlah peruntukan komitmen sejumlah RM187,000 sehingga 2020.

Difahamkan, sebuah syarikat tempatan mengangkat 13 sekolah bagi program sama dan setiap sebuah sekolah diberikan dana sejumlah RM3,000 setiap tahun bagi tempoh tiga tahun pelaksanaa­nnya.

“Melalui penglibata­n pihak swasta dalam program PALS ini secara tidak langsung membantu mewujudkan lebih banyak sekolah bakal menyertai Kelab PALS di negeri ini,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n dan terima kasih atas usaha gigih ditujukkan NREB dan 12 syarikat tempatan itu dalam setiap penganjura­n program Kelab PALS.

Sementara itu turut berlangsun­g Bengkel Pendidikan Alam Sekitar untuk guruguru penasihat Kelab PALS Peringkat Negeri Sarawak Siri 2/1018.

Hadir sama Kontroler Kualiti Alam Sekitar Peter Sawal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia