Utusan Borneo (Sarawak)

100 peserta ikuti program motivasi anjuran SPBB

-

BINTULU: Seramai 100 peserta daripada pelbagai latar belakang keluarga dan kaum menyertai Program Motivasi Diri selama dua hari berturuttu­rut di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Pengerusi Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti (SPBB) Kairulniez­a Waynie berkata, program anjuran SPBB itu bertujuan meningkatk­an jati diri ahli SPBB Junior serta pelajar sekolah berumur 10 hingga 18 tahun.

“Peserta yang hadir adalah murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Binyo Hulu Pandan Sebauh,” ujarnya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, antara penceramah yang dijemput dalam program itu adalah Pegawai Kaunseling Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Mohamad Abdul Rahim Habib, Leong Bon Huat@AD Leong, Cikgu Ahmad Faizal Osman@ Cikgu Emmet ( Motivator MYCT Training & Consultanc­y) dan Mohd Dzulfikar Abdul Rahim (Agensi Antidadah Kebangsaan Bintulu).

Majlis penutupan rasmi program disempurna­kan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip.

Turut hadir Penghulu Derahman Kawi dan Penghulu Derahman Sisi serta ibu bapa para peserta.

Talib dalam ucapan ringkasnya menyeru agar konsep ‘Prihatin Berkhidmat Berbakti’ terus diterap dalam jiwa para remaja serta ahli skuad agar dapat mengangkat martabat dan membantu komuniti di sesuatu tempat.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para peserta program bergambar kenangan bersama Talib, Kairul (duduk, baris tengah) selepas tamat program.
UNTUK ALBUM: Para peserta program bergambar kenangan bersama Talib, Kairul (duduk, baris tengah) selepas tamat program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia