Utusan Borneo (Sarawak)

Nikmat kemerdekaa­n merupakan rahmat untuk semua, kata Aba

-

MARUDI: Nikmat kemerdekaa­n merupakan rahmat untuk semua, justeru rakyat Malaysia beruntung kerana mendiami negara berdaulat yang merdeka serta mengecapi kehidupan dalam suasana aman dan harmoni, walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, keturunan dan latar belakang.

Justeru tema ‘Sayangi Malaysiaku’ bertepatan untuk Hari Kebangsaan kali ini bagi menunjukka­n kasih sayang yang kukuh kepada negara.

Pegawai Penerangan Bahagian Miri dan Bintulu Aba Sam ketika berucap merasmikan Program Kibar Jalur Gemilang Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Marudi 2018 di Dewan Sri Perkasa, SMK Telang Usan di sini, mahu semua masyarakat tanpa mengira kaum bersama-sama memainkan peranan sebagai rakyat negara ini dengan mempertaha­nkan kemerdekaa­n yang dikecapi.

“Paling penting ialah bagaimana kita sebagai rakyat tanpa mengira bangsa, keturunan, mahupun agama, dapat menzahir dan membuktika­n kesyukuran terhadap nikmat ini.

“Ini termasuk kerelaan sendiri untuk menggantun­g Jalur Gemilang di kediaman masing-masing, premis perniagaan mahupun kenderaan peribadi sebagai tanda meraikan Bulan Kemerdekaa­n yang sedang diraikan ketika ini sehingga 16 September ini sempena sambutan Hari Malaysia,” katanya.

Menurut beliau semangat secara sukarela ini amat penting kerana ia merupakan manifestas­i kasih rakyat kepada negaranya.

“Sebagai rakyat yang cin- takantanah­air,sayamengam­bil kesempatan ini untuk menyeru agar kita sama-sama menjayakan Kempen Bulan Kemerdekaa­n dan Kibarkan Jalur Gemilang ini,” tambahnya. Selain itu, ia juga dapat menyemarak­kan Bulan Kemerdekaa­n menerusi media sosial dengan memuat naik aktiviti berkaitan Bulan Kemerdekaa­n di laman Facebook, Instagram dan Twitter serta blog masing-masing.

U s a h a i n i d a p a t menggelora­kan lagi semangat kemerdekaa­n sepanjang masa dan bukti tanda sayangkan Malaysia, jelasnya.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Baram Zuraina Tahir, Pegawai Penerangan Marudi Siti Mariam, Pengetua SMK Telang Usan Sinah Henry Kachak serta ketua-ketua jabatan dan ketua masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia