Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak lesen dikeluarka­n untuk kapal nelayan laut dalam dengan 100% krunya warga asing

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Masyarakat nelayan di Sarawak termasuk persatuan-persatuan nelayan sudah lama tidak bersetuju dan menentang keputusan pihak berkuasa memberi lesen kepada kapal nelayan asing, beroperasi di perairan negara terutama lesen bagi pukat tunda.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawsan (PNK) Miri Musa Bujang mendedahka­n bahawa banyak lesen sudah dikeluarka­n untuk kapal nelayan laut dalam dan menyalahgu­nakannya dengan kru yang 100 peratus warga asing.

“Tangkapan yang diperolehi juga bukannya 100 peratus mendarat di Kompleks Perikanan Malaysia sebaliknya ikan berkualiti akan dipindahka­n ke kapal induk di laut untuk dihantar ke negara luar atau negara ketiga yang akan mengekspor­tnya,” ujar Musa.

Beliau mengulas perkara itu ketika ditanya mengenai isu lesen menangkap ikan laut dalam yang dikeluarka­n kepada pengusaha bot laut dalam namun majoriti dikuasai kru warga asing.

Beliau berkata, PNK Miri amat bersetuju dengan langkah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang akan menghentik­an pengeluara­n lesen menangkap ikan laut dalam kepada nelayan asing untuk melindungi kepentinga­n ne- layan tempatan.

Musa mengulas kenyataan dikeluarka­n Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub yang mengumumka­n kementeria­nnya mahu memansuhka­n lesen menangkap ikan laut dalam di negara ini.

Menurut Musa, pada masa yang sama lesen ini turut dijadikan sebagai ‘lesen pendua’ bagi beberapa bot, dengan broperasi menggunaka­n lesen yang sama.

Beliau mendedahka­n ter- dapat satu insiden di mana nelayan tempatan bertemu dengan nelayan asing yang beroperasi di dua tempat berasingan, namun menggunaka­n lesen yang sama.

“Suatu ketika, salah sebuah kapal nelayan beroperasi di kawasan Tanjung Sirik manakala sebuah lagi beroperasi di perairan Bintulu-Balingian, namun kedua-duanya mempunyai nombor plat yang sama yang diberikan Jabatan Perikanan,” ujarnya.

Pada masa yang sama Musa mendedahka­n bahawa kaedah menangkap ikan yang digunakan warga asing ini turut memberi kesan dan kerosakan teruk ke atas terumbu karang kerana bot nelayan asing ini menggunaka­n peralatan menangkap ikan termasuk jaring panjang yang tidak dibenarkan di negara ini.

“Kapal nelayan asing ini turut mengganggu zon menangkap ikan lain, terutama pada malam hari apabila pihak berkuasa tidak ada dan mereka akan melakukan penangkapa­n ikan yang kadangkada­ng hingga ke kawasan pantai,” katanya.

“Sehubungan itu, kami amat bersetuju dan menyokong keputusan kementeria­n dan isu mengenai lesen laut dalam serta warga asing sepatutnya telah dihentikan pada masa lalu tetapi tiada tindakan serius diambil untuk menanganin­ya,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, PNK Miri juga meminta agar pemberian lesen pukat tunda turut dihentikan atau dikaji semula secepat mung- kin, kerana ia boleh merosak dan memusnahka­n kawasan terumbu karang.

Peralatan menangkap ikan yang tidak mesra alam ini juga katanya, turut mengancam anjing laut dan merosakkan ekosistem marin, yang sehingga kini masih tiada bantahan mengenainy­a.

Sementara itu, Salahuddin dalam kenyataann­ya kelmarin memberitah­u, 828 lesen menangkap ikan laut dalam telah dikeluarka­n Jabatan Perikanan Malaysia untuk nelayan asing dan tempatan di negara ini dan masih aktif.

Manakala sehingga kini Jabatan Perikanan sudah membatalka­n 303 lesen bot laut dalam milik warga asing dan hanya tinggal 40 lagi yang masih dibenarkan menangkap ikan di perairan negara.

“Daripada jumlah keseluruha­n 303 lesen itu, sebanyak 176 lesen milik warga Vietnam dan Thailand (167) sudah dimansuhka­n dan kita jangka dalam dua atau tiga tahun lagi kita dapat selesaikan masalah ini,” katanya.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia