Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada halangan bagi kenderaan Brunei, Indonesia di bawah VEP

-

MIRI: Kementeria­n Pengangkut­an tidak mempunyai rancangan untuk menghalang kenderaan asing dari Brunei dan Indonesia yang tidak menjelaska­n saman mereka daripada meninggalk­an negara ini di bawah sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP).

Kementeria­n itu dalam maklum balasnya kepada Utusan Borneo semalam memberitah­u, VEP hanya dikuatkuas­akan untuk kenderaan dari Singapura tidak lama lagi.

Di bawah sistem itu, kenderaan asing dengan saman trafik yang tidak dijelaskan akan dihalang daripada meninggalk­an negara ini, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke pada Isnin, sambil menambah bahawa langkah itu akan bermula apabila negara melaksanak­an sistem VEP di sempadanny­a mulai tahun ini.

Kementeria­n akan mempertimb­ang beberapa pendekatan yang akan digunakan termasuk melaksanak­an sistem VEP di sempadan negara dengan Singapura.

Kenderaan yang memasuki Malaysia akan dicaj RM20 dan kerajaan juga mendaftark­annya di bawah VEP supaya apabila ia bermula, kenderaan dengan saman yang tidak dijelaskan tidak boleh meninggalk­an negara.

Fasa pertama VEP akan bermula di sempadan Malaysia dengan Singapura tahun ini, diikuti sempadan dengan Thailand pada peringkat kedua.

Sehubungan itu, Utusan Borneo menghubung­i ke- menterian itu untuk mendapatka­n penjelasan sama ada halangan itu juga terpakai ke atas kenderaan asing dari Brunei dan Indonesia yang memasuki Sarawak.

Agensi penguatkua­saan seperti bahagian polis trafik sentiasa menjalanka­n pemeriksaa­n mengejut ke atas kenderaan asing di jalan-jalan raya Malaysia, terutama di Miri dan Limbang untuk mengesan kenderaan yang mempunyai saman tidak dibayar dan tertunggak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia