Utusan Borneo (Sarawak)

Bertindak segera elak kepupusan spesies asli orang utan: Pakar

-

KUCHING: Satu tindakan segera harus dilakukan bagi mengelak kepupusan spesies asli orang utan di Sarawak terutama sekali apabila membawa masuk spesies kacukan.

Pakar Taksonomi Jabatan Hutan Sarawak ( JHS) Dr Hatta Ramlee berkata, mencampurk­an spesies kacukan orang utan hanya akan memusnahka­n populasi spesies sedia ada.

“Spesies Pygmeaus dan Morio apabila dikacuk ia akan menghasilk­an spesies hibrid dan tiada nama spesifik bagi haiwan kacukan ini.

“Antara kesan paling ketara, spesies kacukan ini tidak dapat melahirkan anak dan dengan itu spesies tersebut akan terhenti setakat itu sahaja yang berbeza dengan spesies asli,” katanya di sini, semalam.

Bernama sebelum ini melaporkan dua orang utan yang dipinjamka­n kepada Ya- yasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) sejak 18 tahun lalu dipulangka­n kepada Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC).

Bagaimanap­un orang utan terlindung yang diberi nama Ah Ling dan Carlos itu bukan orang utan asal yang dipinjamka­n oleh Sarawak, tetapi disyaki berasal dari Sabah atau daripada baka kacukan.

Menurut Hatta, dua orang utan berkenaan spesies kacukan primat Pongo Pygmaeus Pygmaeus (Sarawak) dan Pongo Pygmaeus Morio (Sabah).

Beliau menegaskan, mungkin dari segi jumlah kemasukan itu sedikit tetapi ia memberi impak pada jangka panjang.

Katanya, secara tidak langsung, haiwan terlindung itu ( asli) diancam kepupusan dalam tempoh yang singkat sekurang-kurangnya 10 tahun dan ke atas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia