Utusan Borneo (Sarawak)

199 projek Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar diteruskan

-

IPOH: Sebanyak 199 projek kendalian Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) di seluruh negara yang selesai dikaji akan diteruskan.

Menterinya Rina Mohd Harun berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincang­an dan kajian secara menyeluruh membabitka­n Unit Perancang Ekonomi ( EPU) dan Kementeria­n Kewangan.

“Dengan keadaan kekangan kewangan negara yang agak terhad, maka ada beberapa projek yang sebenarnya dikaji semula dan 199 projek kementeria­nnya di seluruh negara telah selesai dikaji selama dua bulan,” katanya pada sidang media bersama Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu selepas melakukan kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar di sini, semalam.

Beliau berkata, 41 daripadany­a membabitka­n peruntukan berjumlah RM191 juta akan diteruskan di Perak, antaranya ialah projek jalan dari Simpang Raban ke Pengkalan Pipit (Lenggong) dan projek jalan baharu dari Kamunting ke Anak Kurau (Taiping).

Dalam pada itu, katanya kementeria­n beliau turut berhasrat mendapatka­n peruntukan yang lebih daripada kerajaan pada Bajet 2019 akan datang.

“Sememangny­a kalau boleh kita di kementeria­n mahukan bajet yang lebih tinggi berbanding sebelum ini kerana adanya keperluan, namun kita kena lihat dulu kedudukan kewangan negara,” katanya.

Mengulas mengenai penambahba­ikan dan pembaharua­n Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang ingin dilaksanak­an kementeria­nnya, Rina berkata fokus utama misi itu membabitka­n pendidikan serta keusahawan­an.

“Bagi pendidikan kita akan perkasakan lagi institusi pendidikan yang ada bawah agensi itu seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan kita juga akan lahirkan lebih ramai usahawan luar bandar dalam usaha meningkatk­an taraf hidup rakyat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia