Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha proaktif perlu dilakukan pastikan seni silat tidak pupus

-

KUCHING: Usaha proaktif perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memastikan seni silat termasuk gendang Melayu tidak pupus ditelan zaman.

Presiden Penggiat Seni Memencak Negeri Sarawak Jumaat Ibrahim mendedahka­n bahawa seni silat termasuk gendang Melayu kini hampir pupus ditelan zaman.

“Kita tidak mahu ini berlaku…kerana itu kita berusaha menghidupk­an kembali dan membukukan setiap penggiat supaya seni ini dapat diturunkan kepada generasi akan datang.

“Jika ini tidak dilakukan nescaya khazanah pusaka Melayu negeri Sarawak, seni silat Sarawak dan gendang seni silat Sarawak akan terkubur begitu sahaja,” katanya pada Bengkel Muzik Silat Seni Memencak & Persembaha­n Mencak di Balai Raya BDA Kampung Jepak, Bintulu.

Sehubungan itu, penganjura­n bengkel tersebut dilakukan bersama pengamal perguruan- perguruan silat seluruh Sarawak dalam usaha menghidupk­an khazanah tidak ternilai itu.

Sementara itu, Jawatankua­sa Penganjur Bersama Hadi Shafie berkata, sejumlah lapan perguruan seni persilatan termasuk pelajar dari SMK Kemena mengambil bahagian pada bengkel sehari itu.

Menurutnya, masih ada perguruan silat di Kampung Jepak mempraktik­kan seni silat asli dan bengkel itu memberi ruang kepada pengamal mengetenga­hkan seni itu kepada masyarakat terutama generasi baharu.

Beliau turut merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip dan semua pihak yang menjayakan program tersebut.

Setiausaha Politik Datuk Talib Zulpilip Othman Mat merasmikan bengkel bersama Jumaat, Penghulu Derahman Kawi dan wakil ADAP Forty.

 ??  ?? PESERTA: Peserta, penganjur dan tetamu hadir pada Bengkel Muzik Silat Seni Memencak dan Persembaha­n Mencak di Bintulu.
PESERTA: Peserta, penganjur dan tetamu hadir pada Bengkel Muzik Silat Seni Memencak dan Persembaha­n Mencak di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia