Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Amerika bunuh bekas isteri dihukum gantung

-

KUALA LUMPUR: Seorang bekas perunding kejurutera­an di sebuah syarikat telekomuni­kasi dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh bekas isterinya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu ke atas Mickleson Gerald Wayne, 63, warganegar­a Amerika selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh yang diwakili peguam K.A Ramu didakwa membunuh Guilda Mickelson, 62, juga warga Amerika dalam bilik sebuah hotel di Lingkaran Syed Putra, Brickfield­s, di sini antara jam 5 pagi hingga 11.45 pagi, 26 Nov 2016 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Hakim Azman dalam penghakima­nnya, berkata tertuduh ketika pembelaan- nya mengatakan dia cuba mempertaha­nkan dirinya daripada diserang si mati, namun keterangan­nya itu gagal menimbulka­n keraguan munasabah.

“Pakar patologi telah memberi keterangan bahawa si mati mengalami kecederaan pada bahagian leher dan beberapa kecederaan di kepala, berdasar keterangan (patalogi), si mati maut akibat dicekik sehingga mengalami kecederaan di struktur leher.

“Selepas mengambil kira kesemua bukti yang telah dikemukaka­n, saya dengan ini mendapati kamu bersalah sebagaiman­a pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan saya, menjatuhka­n kamu, hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Mickleson yang memakai baju T berkolar berwarna ungu kelihatan tenang selepas mahkamah menjatuhka­n hukuman itu dan dia juga dilihat memeluk dan mencium seorang wanita. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIPENJARA: Siti dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majisret atas tuduhan menipu dalam urusan projek pembinaan rumah, tahun lepas.
— Gambar Bernama DIPENJARA: Siti dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majisret atas tuduhan menipu dalam urusan projek pembinaan rumah, tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia