Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita berkenaan pernah membidas siasatan tidak telus, bomba membuat dakwaan tidak benar

-

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan dan bekas suaminya direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes bunuh suaminya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata wanita berumur 43 tahun itu ditahan di Taman Tun Dr Ismail dekat sini pada kira-kira jam 2.15 pagi semalam.

“Isteri arwah ditahan selepas tangkapan pertama dibuat ke atas seorang lelaki berumur 43 tahun yang juga bekas suaminya. Lelaki itu ditahan di Sepang pada jam 1 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata perintah reman ke atas kedua-dua individu itu dikeluarka­n Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Pada 15 Ogos lepas, akhbar tempatan melaporkan wanita itu membidas badan penyiasat yang didakwa tidak telus dalam menjalanka­n siasatan kes kematian suaminya serta menuduh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat dakwaan tidak benar mengenai kes tersebut.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Ketua Pengarah JBPM Mohammad Hamdan Wahid pada 16 Ogos dilapor- kan berkata pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n dan penyiasata­n kes itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

JBPM terutama pasukan forensik dan penyiasata­n yang menjalanka­n siasatan kes itu secara terperinci kemudian menyerahka­n laporan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a kerana hasil siasatan menunjukka­n terdapat unsur jenayah.

Mohammad Hamdan juga dilaporkan berkata keputusan diumumkan berdasarka­n hasil siasatan, namun JBPM tidak boleh mengeluark­an sebarang kenyataan mengenai laporan siasatan berhubung kes itu kepada keluarga mangsa atau orang ramai kerana telah menyerahka­nnya kepada polis dan dikhuatiri akan menjejaska­n siasatan.

Pada 14 Jun lepas, Nazrin dilapor meninggal dunia akibat terhidu asap selepas kebakaran akibat telefon bimbitnya yang sedang dicas meletup di tingkat atas kediamanny­a di Mutiara Damansara, Selangor. — Bernama

Isteri arwah ditahan selepas tangkapan pertama dibuat ke atas seorang lelaki berumur 43 tahun yang juga bekas suaminya. Lelaki itu ditahan di Sepang pada jam 1 pagi. SAC Fadzil Ahmat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor

 ?? — Gambar Bernama ?? SIASAT SEGERA: Abu Backer menunjukka­n laporannya yang dibuat di Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaska­n bekas Guan Eng semalam.
— Gambar Bernama SIASAT SEGERA: Abu Backer menunjukka­n laporannya yang dibuat di Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaska­n bekas Guan Eng semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia