Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ADUN Selangor direman

-

SHAH ALAM: Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Selangor semalam direman dua hari bagi membantu siasatan salah guna dana kerajaan berjumlah RM50,000.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin mengeluark­an perintah itu bagi membolehka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalanka­n siasatan ke atas wanita tersebut mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek berusia 56 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 10.40 pagi dengan berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari.

Difahamkan bekas ADUN PAS itu didakwa melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri yang mana syarikat tersebut adalah milik anaknya, antara sekitar 2015 hingga 2018.

Kelmarin, media melaporkan wanita itu ditahan kirakira jam 5.50 petang kelmarin di pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Sementara itu, peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili bekas ADUN itu mempersoal­kan jangka waktu penangkapa­n anak guamnya oleh SPRM yang disifatkan seakan-akan mahu mempengaru­hi pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

“Timing (waktu) kes ini hampir dengan PRK Seri Setia yang diadakan Sabtu ini, dan pengundian awal pada hari ini (semalam). Ia memberi gambaran ini disengajak­an seolah-olah untuk mempengaru­hi pengundi nanti.

“Kami bukan mahu bersangka buruk tetapi dalam politik tiada perkara yang berlaku secara kebetulan,” katanya.

Pada PRK itu, calon PAS Dr Halimah Ali berdepan pertanding­an satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar dan ia diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN berkenaan Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari PAS direman dua hari bermula semalam oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan salah guna dana kerajaan berjumlah RM50,000.
— Gambar Bernama DIREMAN: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari PAS direman dua hari bermula semalam oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan salah guna dana kerajaan berjumlah RM50,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia