Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas rugi lebih RM34,000 ditipu rakan baharu

-

KUANTAN: Niat seorang wanita warga emas ingin membantu rakan yang baharu dikenaliny­a menerusi laman sosial Facebook membawa padah apabila dia ditipu sehingga kerugian RM34,101, pertengaha­n bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 60 tahun itu mendakwa mahu membantu suspek yang dikenaliny­a sebagai Ying Jimmy, kononnya dari Amerika Syarikat untuk memulakan perniagaan di sini.

“Suspek yang berkenalan dengan mangsa sekitar Julai lalu mendakwa menyerahka­n AS$1 juta kepadanya melalui penghantar­an bungkusan yang dijangka tiba di Malaysia pada 15 Ogos lalu.

“Mangsa kemudian dihubungi oleh seorang wanita meminta bayaran RM4,601 kononnya sebagai bayaran insurans bungkusan itu pada 15 Ogos, diikuti dengan bayaran RM18,500 untuk urusan pengisytih­aran,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata mangsa kemudian menerima panggilan telefon lagi untuk meminta bayaran selanjutny­a atas pelbagai alasan kononnya termasuk urusan peguam sehingga menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak RM34,101.

Mangsa akhirya menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut dekat sini, kelmarin.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia