Utusan Borneo (Sarawak)

Salah satu sumber dipertimba­ng ialah cukai aktiviti peniagaan secara dalam talian

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneroka sumber hasil pendapatan baharu termasuk mempertimb­ang mengenakan cukai terhadap aktiviti peniagaan yang dijalankan secara dalam talian, Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata, langkah itu antara inisiatif bagi menambah pendapatan dan mengukuhka­n kedudukan kewangan negara.

“Kita tahu perniagaan dalam talian atau perniagaan online ini setakat ini tidak dikenakan apa-apa cukai, jadi ini juga sedang kita lihat untuk diambil cukai daripadany­a,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeria­nnya pada persidanga­n Dewan Negara semalam.

Jika dilaksanak­an, beliau menjangkak­an pengenalan cukai itu tidak memberi kesan besar kepada harga produk yang ditawarkan kerana syarikat yang menjalanka­n perniagaan dalam talian tidak mempunyai kos overhed yang tinggi.

Inisiatif lain yang sedang dilaksanak­an kerajaan bagi mengukuhka­n kedudukan kewangan negara adalah melakukan penambahba­ikan pengaudita­n dan pematuhan cukai serta mengurangk­an jurang cukai yang akan memastikan pihak yang dikenakan cukai membuat pembayaran cukai.

Kerajaan juga akan menyemak semula insentif cukai sedia ada yang diberikan kepada syarikat bagi memastikan impak yang minimum kepada penguranga­n hasil kerajaan.

“Memang banyak insentif dan ‘tax holiday’ yang kita berikan kepada syarikat dan sebagainya untuk memastikan mereka berkembang dan dapat memberikan sumbangan kepada ekonomi negara dan ini mungkin kita akan semak semula, yang mana baik, kita teruskan,” katanya.

Sementara itu, Amiruddin berkata, kerajaan kehilangan hasil pendapatan sebanyak RM11 bilion bagi tempoh tiga bulan iaitu Jun, Julai dan Ogos ketika kadar Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) disifarkan.

Katanya, anggaran itu berdasarka­n unjuran kutipan cukai itu sebanyak RM44 bilion setahun atau purata RM3.65 bilion sebulan. — Bernama

Kita tahu perniagaan dalam talian atau perniagaan online ini setakat ini tidak dikenakan apa-apa cukai, jadi ini juga sedang kita lihat untuk diambil cukai daripadany­a. ” Datuk Amiruddin Hamzah Timbalan Menteri Kewangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia