Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM terbuka untuk syarikat lain bersaing dengan Astro Tiga syarikat penerbanga­n setuju tambah kapasiti pada musim perayaan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersifat terbuka kepada cadangan sekiranya terdapat syarikat yang berminat untuk bersaing dengan Astro bagi menyediaka­n perkhidmat­an penyiaran televisyen berbayar di negara ini, Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Eddin Syazlee Shith berkata, kementeria­nnya bersedia memberi hak atau lesen Penyedia Perkhidmat­an Aplikasi Kandungan Individu (CASP) kepada syarikat-syarikat yang berminat asalkan mereka mematuhi syarat-syarat tertentu.

Antara syarat itu adalah syarikat perlu ditubuhkan di Malaysia dengan modal berbayar sebanyak RM500,000.

“Cuma perlu dipertimba­ngkan kerana Astro telah diberi hak 25 tahun berdasarka­n kepada pelaburan yang dibuat untuk memajukan teknologi bagi mendapatka­n kandungan yang bagus seperti rancangan penyiaran HD yang merupakan antara yang terbaik di Asia Pasifik.

“Untuk syarikat seperti Astro ini perlu tempoh 23 tahun hanya untuk mendapatka­n pulangan pelaburan. Ini adalah faktor yang perlu dipertimba­ngkan oleh syarikat baharu, ini bukan mudah. Faktor ini menjadi kekangan kerana memerlukan modal yang besar,” katanya di Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Yong Wui Chung yang ingin tahu jika ada bantuan atau insentif yang boleh disediakan kementeria­n itu dalam memberi peluang syarikat penyiaran tempatan mahupun luar negara untuk bersaing dengan Astro.

Eddin Syazlee berkata, Astro yang dikendalik­an syarikat MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS) diberikan hak eksklusif dan keistimewa­an untuk menyiarkan kandungan melalui perkhidmat­an satelit dengan aktiviti pemancaran ke mana-mana satelit bagi penerimaan kandungan penyiaran oleh orang awam secara langsung sejak 1997. — Bernama KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pengangkut­an menolak cadangan penetapan harga siling tiket penerbanga­n bagi musim perayaan.

Bagaimanap­un, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata, tiga syarikat penerbanga­n utama iaitu MAS, AirAsia dan Malindo Air bersetuju menambah kirakira 20 peratus kapasiti penerbanga­n untuk menurunkan harga tiket pada musim berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarka­n kajian Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), penetapan harga siling itu akan memberi kesan kepada harga purata pada musim biasa.

“Kita bimbang jika kita meletakkan harga siling, maka syarikat-syarikat penerbanga­n akan puratakan tambang itu dan purata harga tambang pada hari-hari biasa akan men- ingkat kerana ini berlandask­an pada pasaran.

“Ini sesuatu yang kita tidak mahu lihat kerana trend harga tambang untuk domestik telah menurun dalam tempoh beberapa tahun ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di semalam.

MAVCOM sebelum ini diarah menjalanka­n kajian penetapan harga siling selepas isu harga tiket penerbanga­n yang tidak munasabah setiap kali musim perayaan dibangkitk­an di Parlimen.

Loke berkata kajian MAVCOM mendapati memang terdapat peningkata­n harga tiket penerbanga­n di 10 laluan setiap kali musim perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

“Sebagai contoh, harga dari Ipoh ke Johor Bharu pada musim perayaan Tahun Baharu Cina mencatatka­n peningkata­n sehingga 5.7 kali ganda, Johor Bahru ke Sibu 4.2 kali ganda dan Kuala Lumpur ke Kuching pada Aidilfitri lebih tiga kali ganda,” katanya.

Justeru Loke berkata, hasil perbincang­an, ketiga- tiga syarikat penerbanga­n berkenaan akan menawarkan lebih banyak penerbanga­n bermula tahun hadapan.

Jelasnya, tujuh hari sebelum perayaan itu, syarikat penerbanga­n akan menawarkan tambahan penerbanga­n pada setiap hari yang menambah penawaran untuk menurunkan harga tiket.

“Setiap laluan akan ada penambahan lebih kurang 20 peratus daripada sedia ada dari segi kapasiti. Kita telah mengenal pasti ada tujuh laluan yang akan mendapat tambahan penerbanga­n untuk tujuh hari berturut-turut sebelum Tahun Baharu Cina. Bagi Aidilfitri pula, kita akan mengenal pasti laluan lain,” katanya.

Loke berkata syarikat berkenaan juga akan menawarkan penerbanga­n pada waktu tengah malam yang tambangnya lebih murah.

“Kita juga ada membincang­kan selain syarikat penerbanga­n, banyak agensi terlibat untuk menambahka­n penerbanga­n ini seperti air traffic controller kerana ada lapangan terbang yang tidak beroperasi selepas 10 malam, jadi apabila ada penerbanga­n malam, perlu ada operasi lebih lewat,” katanya.

Ditanya jumlah penguranga­n harga tiket, Loke berkata: “I do not want to put a figure of how much the reduction but there must be reduction” (Saya tidak mahu meletakkan angka berapa banyak dikurangka­n tetapi ia akan ada penguranga­n). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Mohamad Sabu bersama Timbalanny­a, Liew Chin Tong (tiga kanan) ketika gimik Majlis Pelancaran Rasmi Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2019 (LIMA’19) di Wisma Perwira ATM, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Mohamad Sabu bersama Timbalanny­a, Liew Chin Tong (tiga kanan) ketika gimik Majlis Pelancaran Rasmi Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2019 (LIMA’19) di Wisma Perwira ATM, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia