Utusan Borneo (Sarawak)

Permintaan terhadap graduan TVET setanding lepasan universiti

-

PUTRAJAYA: Permintaan tinggi industri terhadap lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan (TVET) membuktika­n graduan institusi itu setanding dengan mereka yang menamatkan pengajian di universiti.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keadaan itu berbeza berbanding tanggapan atau persepsi negatif masyarakat dalam tempoh empat tahun lepas yang melihat pemegang sijil atau diploma TVET sebagai ‘kelas kedua’ serta tidak berupaya bersaing dalam pasaran pekerjaan.

“Ini antara lain disebabkan modul TVET yang direncana oleh pakar yang memiliki pengalaman luas dalam industri, menjadikan graduan yang dihasilkan benar-benar bersifat ‘industry driven’ (didorong industri),” katanya ketika merasmikan majlis konvokesye­n Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan ( ILKBS) Ke- 14 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Seramai 5,472 graduan ILKBS meliputi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademi Kemahiran Belia Golf ( AKBG) dan Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) menerima sijil dan diploma masing-masing kali ini.

Berdasarka­n statistik kadar kebolehpas­aran graduan ILKBS telah meningkat kepada 93 peratus tahun lepas daripada 80 peratus pada 2013 dengan gaji purata RM1,631 sebulan.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata lepasan ILKBS perlu terus mengejar ilmu dan menambah pengalaman supaya tidak ketinggala­n bagi memastikan mereka terus kompeten dan mampu bersaing dalam pasaran industri.

Beliau berkata dalam dunia baharu, graduan perlu terus bersaing bukan hanya dengan rakyat Malaysia tetapi juga mereka di luar sana yang akan berlumba mencari peluang untuk maju dan mara ke hadapan.

Pada majlis itu, seramai 20 graduan menerima Anugerah Graduan Terbaik ILKBS 2018 dengan graduan Diploma Teknologi Kejurutera­an Faundri (Acuan Kekal) Mohd Zaidi Abd Rahman dari ILKBS Temerloh, Pahang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Graduan Terbaik Keseluruha­n.

Anugerah Khas Menteri Belia dan Sukan dianugerah­kan kepada Rapid Bus Sdn Bhd atas sinergi baik dalam menyediaka­n pembelajar­an kepada pelajar manakala Anugerah ILKBS Terbaik diterima ILKBS Bukit Mertajam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGIKTIRA­FAN: Syed Saddiq (kiri) menyampaik­an anugerah Graduan Terbaik Keseluruha­n kepada Mohd Zaidi Abd Rahman (kanan) pada Majlis Konvokesye­n Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), semalam.
— Gambar Bernama PENGIKTIRA­FAN: Syed Saddiq (kiri) menyampaik­an anugerah Graduan Terbaik Keseluruha­n kepada Mohd Zaidi Abd Rahman (kanan) pada Majlis Konvokesye­n Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia