Utusan Borneo (Sarawak)

MCW cadang AGC diletakkan di bawah kuasa parlimen

-

KUALA LUMPUR: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangk­an agar Jabatan Peguam Negara (AGC) diletakkan di bawah kuasa Parlimen untuk memastikan sistem kehakiman negara terhindar daripada sebarang salah guna kuasa.

Presidenny­a, Jais Abdul Karim berkata selagi AGC diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), tuduhan dan persepsi AGC gagal berlaku adil atau diarahkan berbuat sesuatu pasti akan berterusan.

Beliau berkata selain itu, pelantikan Peguam Negara yang dipilih sendiri oleh parti pemerintah membuka ruang untuk kritikan yang lebih besar.

“Pada Julai 2018 yang lepas, sembilan agensi kerajaan termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjay­a Pilihan Raya dan Jabatan Audit Negara diletakkan di bawah kuasa Parlimen kerana rombakan besar-besaran di JPM, sepatutnya AGC juga termasuk di dalam senarai rombakan itu.

“Sepatutnya Peguam Negara mestilah dipilih oleh Ahli-ahli Parlimen melalui satu proses khas dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kelmarin, Mahkamah Ting- gi Georgetown membebaska­n Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Perkara itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa terkejut dengan pembebasan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu daripada tuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah lot tanah dan banglo.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan untuk melepaskan dan membebaska­n Lim susulan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud melalui representa­si dikemukaka­n pihak pembelaan kepada AGC untuk menggugurk­an tuduhan itu.

Dalam pada itu, Jais berkata MCW turut mencadangk­an agar kerajaan memisahkan Pejabat Pendakwa Raya daripada Pejabat Peguam Negara.

Menurutnya­melaluipem­isahan ini, Peguam Negara hanya akan bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan manakala Ketua Pendakwa Raya yang berasingan akan membuat keputusan mengenai perkaraper­kara berkaitan pendakwaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia