Utusan Borneo (Sarawak)

Ketahui perbezaan hukuman sebatan mahkamah syariah dengan mahkamah sivil

-

KUALA LUMPUR: Hukuman sebatan yang dijalankan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kelmarin terhadap dua wanita kerana cubaan melakukan hubungan sejenis dalam kereta telah menimbulka­n pelbagai reaksi negatif dalam kalangan masyarakat.

Justeru, masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai perbezaan antara hukuman sebatan yang dilaksanak­an oleh mahkamah syariah dengan mahkamah sivil, kerana kedua-duanya mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza.

Reaksi negatif itu dipercayai disebabkan oleh kurangnya pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaa­n hukuman itu di mahkamah syariah.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata masyarakat tidak perlu panik atau risau kerana hukuman sebatan yang dijalankan oleh mahkamah syariah adalah berbeza daripada hukuman serupa yang dijatuhi mahkamah sivil.

“Kita faham masyarakat panik dan tidak bersetuju dengan hukuman itu kerana sering dimomokkan hukuman mahkamah syariah sama seperti mahkamah sivil, tetapi ia tidak benar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

“Jika kita tengok prosedur hukuman sebatan (di mahkamah syariah) pun jauh lebih lembut dan ringan berbanding sebatan mahkamah sivil. Cara sebatan pula dilakukan dengan pukulan sederhana menggunaka­n rotan kecil dan tidak boleh kena pada muka, kepala, perut, dada dan bahagian sulit pesalah,” katanya.

Beliau merujuk kes sebatan sebanyak enam kali yang dijalankan mahkamah syariah itu terhadap dua wanita berusia 32 dan 22 tahun yang cuba melakukan kesalahan itu di Dataran Arena Square, Dungun sebelum ditangkap pihak berkuasa negeri 8 April lepas.

Selain itu, kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaska­n denda. Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)

Jika kita tengok prosedur hukuman sebatan (di mahkamah syariah) pun jauh lebih lembut dan ringan berbanding sebatan mahkamah sivil. Cara sebatan pula dilakukan dengan pukulan sederhana menggunaka­n rotan kecil dan tidak boleh kena pada

pesalah. ” muka, kepala, perut, dada dan bahagian sulit Musa Awang Presiden PGSM

(Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Musa berkata ramai yang kurang bersetuju hukuman dilaksanak­an secara awam kerana memalukan pesalah tetapi pada dasarnya ia untuk mendidik masyarakat betapa lembut hukuman yang dijalankan oleh mahkamah syariah itu.

“Ramai yang tidak tahu tatacara hukuman yang dipakai mahkamah syariah tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 125 dan 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di bawah takzir (kuasa) negeri masing-masing.

“Jadi masyarakat terutamany­a bukan Muslim tidak perlu bimbang kerana hukuman dijatuhkan mahkamah syariah walaupun dibuat di kawasan awam bertujuan mendidik dan hukumannya pun tidak sampai mencederak­an pesalah,” katanya.

Sementara itu, Exco PGSM Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata pihaknya mencadangk­an kepada kerajaan untuk mengubah nama hukuman sebatan kepada nama ‘sebatan syarie’ bagi mengelak kekeliruan dengan versi sebatan mahkamah sivil.

“PGSM ingin cadangkan tukar nama sebatan kepada nama sebatan syarie supaya masyarakat dapat bezakan hukuman sebatan antara kedua-dua mahkamah ini. Ini kerana Malaysia ada dualisme mahkamah maka sedikit sebanyak masyarakat jadi keliru.

“Saya ingin tekankan hukuman sebatan di mahkamah syariah berbeza dengan mahkamah sivil kerana hanya guna rotan yang panjangnya tak lebih 1.22 meter dan tebal tak lebih 1.25 sentimeter,” katanya.

Menurut Mohd Zaidi lagi, PGSM turut mencadangk­an kepada kerajaan supaya meningkatk­an kadar hukuman yang boleh dijatuhkan melalui bidang kuasa mahkamah syariah kerana hukuman sedia ada agak rendah malahan hanya sama taraf dengan hukuman jenayah kecil yang dijatuhkan mahkamah sivil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia