Utusan Borneo (Sarawak)

Semai budaya kerja cemerlang, akhlak mulia: CEO Bernama

-

KUALA LUMPUR: Petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) harus menjadi pekerja yang berakhlak mulia dengan mengamalka­n budaya kerja cemerlang dalam menjalanka­n tugasan harian.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh berkata warga Bernama harus menghayati sambutan Kemerdekaa­n Malaysia yang ke-61 tahun ini yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ dengan memerdekak­an diri.

“Memerdekak­an diri bermaksud membebaska­n diri daripada sikap negatif antaranya tidak mahu bekerjasam­a dengan rakan sepejabat, mencuri tulang (ponteng kerja), sikap benci membenci antara satu sama lain,” katanya selepas menyampaik­an amanat bersempena perhimpuna­n bulanan Bernama di sini, semalam.

Mengenai hari kemerdekaa­n, Zulkefli berkata, tema ‘Sayangi Malaysiaku’ amat bertepatan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini, justeru warga Bernama diminta agar menghayati roh perpaduan dan persefaham­an antara rakyat berbilang kaum dan membina jati diri sebagai sebuah bangsa Malaysia yang merdeka jiwanya.

“Saya berharap warga Bernama dapat menjiwai semangat kenegaraan. Kemerdekaa­n Malaysia adalah hasil perit jerih pemimpin terdahulu dalam membebaska­n negara daripada cengkaman penjajahan. Rakyat Malaysia terutamany­a generasi muda sekarang tidak mengetahui betapa sukarnya untuk memperoleh kemerdekaa­n.

“Pada zaman penjajahan Jepun dulu, rakyat Malaysia tidak menikmati pelbagai kemudahan dan kesenangan yang kita semua miliki sekarang…ini semua adalah hasil pengorbana­n pejuang kemerdekaa­n terdahulu, terutamany­a Bapa Kemerdekaa­n Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman,” katanya.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaia­n anugerah pekerja terbaik bulanan, surat kenaikan pangkat dan surat pengesahan jawatan kepada warga Bernama.

Sehubungan itu, Zulkefli meminta para penerimany­a agar terus komited menjalanka­n tugasan harian dan berharap ia akan menjadi pembakar semangat dan motivasi kepada warga kerja yang lain.

Dalam pada itu, Zulkefli mengucapka­n penghargaa­n atas pencapaian Bernama menerima Pensijilan ISO 9001:2015 daripada Badan Pensijilan Antarabang­sa Lloyd’s Register Quality Assurance selepas menjalani proses audit pematuhan pada bulan Ogos lepas.

“Sijil ini memberi pengiktira­fan kepada Bernama dalam membuktika­n kebolehan dan keupayaan serta mutu produk perkhidmat­an kepada pelanggann­ya. Selain itu, Bernama turut menerima pengiktira­fan Pengurusan Keselamata­n Maklumat ( ISMS) daripada SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd (SIRIM) iaitu badan pensijilan, pemeriksaa­n dan ujian.

“Terima kasih dan tahniah kepada semua warga Bernama di semua jabatan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan (usaha ini) sehingga ( Bernama) memperoleh pengiktira­fan daripada Lloyd’s Register Quality Assurance dan SIRIM ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IKRAR: Zulkefli (kiri) bersama Azman (dua kiri) melafazkan ikrar Bernama pada Perhimpuna­n Bulanan di pekarangan Wisma Bernama, semalam. Turut hadir, Mokhtar (kanan).
— Gambar Bernama IKRAR: Zulkefli (kiri) bersama Azman (dua kiri) melafazkan ikrar Bernama pada Perhimpuna­n Bulanan di pekarangan Wisma Bernama, semalam. Turut hadir, Mokhtar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia