Utusan Borneo (Sarawak)

Halimey yakin sokongan pengundi tidak berubah

-

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar yakin sokongan pengundi di DUN itu tidak akan berubah terhadap parti diwakiliny­a.

Beliau berkata, setakat ini tidak wujud sebarang persepsi atau cerita buruk dalam kalangan pengundi mengenai perkara yang berlaku melibatkan kerajaan PH ketika ini.

Halimey berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Georgetown kelmarin yang membebaska­n Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

“Ini adalah kes mahkamah dan mahkamah sudah menentukan­nya. Saya merasakan perkara ini tidak memberi kesan kepada pengundi (DUN Seri Setia),” katanya dalam sidang media hariannya, di sini semalam.

Bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu berdepan pertanding­an satu lawan satu menentang calon PAS Dr Halimah Ali pada PRK itu Sabtu ini, yang diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN berkenaan, Prof Shaharuddi­n Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas.

M e n g e n a i t e m p o h berkempen yang memasuki hari ke-18, Halimey memberi jaminan akan memastikan setiap pusat jagaan dan taska di DUN Seri Setia berdaftar di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat.

“Saya amat prihatin dengan beberapa kes penderaan sehingga membawa kepada kematian yang dilaporkan kebelakang­an ini melibatkan petugas dan taska yang tidak berdaftar serta berkemahir­an.

“Sehubungan itu, saya bercadang melaksanak­an pemantauan dan menubuhkan pangkalan data serta audit untuk memastikan semua taska (di DUN Seri Setia) mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? YAKIN: Halimey (tengah) sewaktu sidang media di Bilik Gerakan Utama, Pusat Khidmat Rakyat ADUN Seri Setia.
— Gambar Bernama YAKIN: Halimey (tengah) sewaktu sidang media di Bilik Gerakan Utama, Pusat Khidmat Rakyat ADUN Seri Setia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia