Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Halimah harap pihak berkuasa siasat secara telus dan profesiona­l

-

SHAH ALAM: Calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Dr Halimah Ali berharap penahanan seorang bekas wakil rakyat yang dikaitkan dengan parti itu tidak dipolitikk­an semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu lebih besar.

Bekas anggota Exco S e l a n g o r i t u t u r u t mempersoal­kan mengapa hanya sekarang kes itu timbul, selain berharap pihak berkuasa dapat menjalanka­n siasatan yang lebih telus dan profesiona­l, katanya ketika ditemui selepas meninjau proses pengundian awal di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini semalam.

Kelmarin, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) menahan wanita berumur 56 tahun itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa lebih RM50,000, sebelum Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluark­an perintah reman dua hari terhadapny­a semalam.

Beliau berkata, suspek yang juga bekas rakan sejawatnya itu mempunyai hak dan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Katanya, PAS sentiasa meenyarank­an sesiapa sahaja yang disyaki melakukan kesalahan perlu disiasat dengan lebih telus dan bukan atas tekanan atau bersifat selektif.

Dalam pada itu, calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar turut dilihat meluang masa meninjau proses pengundian awal

PAS sentiasa meenyarank­an sesiapa sahaja yang disyaki melakukan kesalahan perlu disiasat dengan lebih telus dan bukan atas tekanan atau bersifat selektif. Dr Halimah Ali Calon PAS PRK DUN Seri Setia

di pusat pengundian itu, dan berdasarka­n maklumat Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), sebanyak 60 peratus atau 1,072 pengundi awal daripada 2,579 pengundi berdaftar di DUN itu telah menunaikan kewajipan masing-masing setakat jam 11 pagi semalam.

Dr Halimah menentang Halimey dalam pertanding­an satu lawan satu pada PRK itu yang diadakan susulan kematian penyandang­nya Prof Shaharuddi­n Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas.

Sementara itu, tinjauan Bernama di pusat pengundian Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, mendapati proses pengundian awal melibatkan 173 anggota polis berjalan lancar, sambil diiringi cuaca cerah.

Berdasarka­n maklumat pegawai SPR bertugas, lebih 60 anggota polis telah selesai menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi awal, setakat jam 10 pagi semalam.

Halimey yang turut meninjau proses pengundian awal di kompleks SMS PDRM itu memberitah­u pemberita bahawa suasana di pusat pengundian awal tersebut berbeza dengan pusat pengundian awal di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara TUDM berikutan perbezaan jumlah pemilih berdaftar.

“Oleh itu, saya menyasarka­n 90 peratus anggota polis untuk keluar mengundi tetapi saya sebenarnya berharap 100 peratus anggota polis akan keluar mengundi berikutan bilangan mereka yang tidak ramai,” katanya.

K e d u a - d u a p u s a t pengundian awal itu yang sejak jam 8 pagi semalam ditutup jam 5 petang semalam dan pengiraan kertas undi awal hanya akan dijalankan pada hari pengundian Sabtu ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Dr Halimah (tengah) meninjau tempat undi awal bagi PRK itu di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara TUDM Subang, semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Dr Halimah (tengah) meninjau tempat undi awal bagi PRK itu di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara TUDM Subang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia