Utusan Borneo (Sarawak)

Selangor akan agihkan semula peruntukan kepada ADUN BN

-

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengagihka­n semula peruntukan berjumlah RM200,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bagi memastikan mereka dapat melaksanak­an program rakyat kepada penduduk setempat.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata peruntukan itu merupakan polisi kerajaan negeri dan kerajaan negeri bersedia untuk memberikan­nya walaupun sebelum ini mereka menolak peruntukan berkenaan.

“Sebelum ini, kita adalah negeri pertama yang memberikan peruntukan itu yang saya rasa paling tinggi iaitu sejumlah RM200,000 (setahun).

“Kita akan beri sekiranya mereka mahu menerima peruntukan itu kerana ini polisi kita dan saya harap selepas peruntukan ini diberi mereka dapat guna sepertiman­a yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

T e r d a h u l u , K e t u a Pembangkan­g Selangor yang baharu, ADUN Sungai Air Tawar dari BN, Rizam Ismail berkata parti itu memutuskan untuk menerima semula peruntukan yang diberikan kepada setiap ADUN pembangkan­g di negeri ini.

Katanya, langkah itu perlu supaya barisan pembangkan­g BN mempunyai fasiliti yang cukup untuk melaksanak­an p r o g r a m k e p a d a masyarakat.

Sejak empat tahun lepas, kesemua ADUN BN menolak peruntukan itu kerana mendakwa kerajaan negeri tidak ikhlas memberikan peruntukan tersebut.

Sementara itu, Amirudin berkata pihaknya juga bersedia untuk memberikan jawatan Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor kepada ketua pembangkan­g yang baharu.

Beliau berkata ini kerana mengikut peraturan dewan Selangor, jawatan pengerusi PAC itu secara automatikn­ya akan dipegang oleh ketua pembangkan­g.

“Jika beliau sedia, sila ambil dan laksanakan tugas, kita jujur pada janji kita,” katanya.

Amirudin mengulas kesediaan Rizam memegang jawatan sebagai pengerusi PAC.

Sebelum ini, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dari DAP dilantik sebagai Pemangku pengerusi PAC susulan peletakan jawatan Ketua Pembangkan­g, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN) pada Disember 2014. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia