Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan naikkan elaun kehadiran ADUN tidak masuk akal, kata Tan

-

BALAKONG: Cadangan menaikkan elaun kehadiran p e r s i d a n g a n D e w a n Undangan Negeri ( DUN) Selangor sebagai galakan kepada wakil rakyat adalah sesuatu yang tidak munasabah, kata calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil ( PRK) DUN Balakong Tan Chee Teong.

Membidas cadangan yang dikemukaka­n Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim itu, Tan berkata ini kerana menghadiri persidanga­n DUN adalah tugas asas setiap wakil rakyat untuk memperjuan­gkan nasib masyarakat setempat.

“Sebagai ADUN mereka sememangny­a menerima bayaran dari dana awam untuk menghadiri persidanga­n DUN. Jika tugas itu masih tidak mampu dibuat, maka elaun mereka sepatutnya dipotong sebagai hukuman. Ini akan menjadi amaran kepada ADUN lain.

“Sekarang, ia memberi gambaran bahawa ADUN terpaksa dibayar lebih untuk menghadirk­an diri. Lebihlebih lagi berdasarka­n rekod persidanga­n DUN hanya bermesyuar­at selama 20 hingga 30 hari setahun. Jika wakil- wakil rakyat tidak menghadiri sesi DUN, apa lagi kerja mereka?” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Dilaporkan Ng berkata beliau mempertimb­angkan pelbagai kaedah bagi menggalakk­an kehadiran ADUN dalam sesi persidanga­n dewan pada bulan hadapan, antaranya menaikkan elaun kehadiran para ADUN.

Ng yang juga ADUN Sekinchan dilaporkan mencadangk­an kenaikan enam kali ganda elaun kehadiran ADUN iaitu dari RM75 sehari seperti sekarang kepada antara RM300 hingga RM500 sehari, sama seperti amalan parlimen.

Dalam pada itu Tan berkata seperti yang dilaporkan media, setiap ADUN Selangor menerima gaji bulanan sebanyak RM11,250.

Mereka turut menerima pelbagai elaun lain termasuk R M 1 0 , 0 0 0 s e b a g a i peruntukan pejabat, RM6,000 untuk tiga pembantu, dan RM1,500 elaun khas, yang keseluruha­nnya berjumlah RM19,500 sebulan.

Oleh itu, Tan berharap kesemua 49 ADUN kerajaan dan lima ADUN pembangkan­g akan menolak cadangan itu.

Tan akan berhadapan calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki dalam PRK itu pada 8 Sept ini yang diadakan berikutan kematian penyandang­nya Eddie Ng Tien Chie dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia