Utusan Borneo (Sarawak)

Bersatu amalkan ‘pintu terbuka’ kepada yang berminat sertai parti

-

BATU PAHAT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU) sentiasa mengamalka­n ‘pintu terbuka’ kepada mana-mana ahli atau pemimpin parti pembangkan­g termasuk UMNO sekiranya mereka berminat menyertai parti itu.

Setiausaha Agungnya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata pihaknya tiada masalah dan mengalualu­kan sesiapa sahaja untuk menyertai BERSATU asalkan mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Katanya, sekarang ini sudah sampai masanya untuk mengukuhka­n parti dan salah satu usaha BERSATU ialah dengan menambahka­n ahli sehingga di peringkat cawangan dan juga bahagian.

“Kita tiada masalah sekiranya terdapat pemimpin peringkat lawan berhasrat untuk menjadi ahli kepada BERSATU, ia terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan dia adalah Bumiputera.

“Kita akui selepas PRU14 ini penambahan ahli yang agak ketara dan kita harapkan akan terus ada penambahan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Wilayah kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Technoleap-ICE Edisi IBS di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading, semalam.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Bahagian Pembanguna­n Usahawan MARA, Ismail Abdullah dan Pengarah KKTM Sri Gading, Shabudin Said.

Shahruddin, yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, turut mengharapk­an kepada ahli Bersatu untuk hadir pada sambutan ulang tahun Bersatu kedua yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia