Utusan Borneo (Sarawak)

PRK Balakong: Pengundi awal catat antara jumlah terkecil 28 orang

-

SERI KEMBANGAN: Seramai 28 daripada 31 pegawai dan anggota polis yang bertugas pada pilihan raya kecil ( PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Balakong, selesai mengundi di pusat pengundian awal di kuarters Balai Polis Seri Kembangan, kira-kira jam 9.15 pagi semalam.

Menurut Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) pengundian itu dalam jumlah terkecil, dengan hanya melibatkan 31 pengundi berdaftar.

Kesemua mereka yang mula mengundi sebaik pusat pengundian dibuka jam 8 pagi adalah sebahagian daripada keseluruha­n 62,219 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK Balakong.

SPR juga memaklumka­n bahawa pusat pengundian berkenaan tetap ditutup pada jam 12 tengah hari semalam seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Menurut sumber pula, tiga lagi pengundi awal tidak mengundi kerana difahamkan telah tamat tempoh perkhidmat­an dan berdepan masalah disiplin.

Turut meninjau pusat pengundian berkenaan sebaik ia dibuka ialah Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Timbalan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia Tan Sri Othman Mahmood.

Selain itu, kedua-dua calon bertanding iaitu calon MCA Tan Chee Teong dan Pakatan Harapan Wong Siew Ki turut hadir melihat perjalanan pusat pengundian.

Dalam pada itu, Othman berkata, proses undi awal di PRK DUN Balakong semalam berjalan lancar kerana ia membabitka­n antara jumlah pengundian dan jumlah pengundi berdaftar terkecil.

Beliau turut menyatakan harapannya agar peratusan pergi mengundi bagi PRK DUN Balakong dan Seri Setia adalah lebih baik daripada PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos lepas.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pengundi di DUN Balakong dan Seri Setia supaya pergi menunaikan tanggungja­wab mereka pada Sabtu ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Petugas SPR memeriksa jari anggota polis sebelum mengundi awal pada PRK DUN Balakong di Balai Polis Seri Kembangan, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Petugas SPR memeriksa jari anggota polis sebelum mengundi awal pada PRK DUN Balakong di Balai Polis Seri Kembangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia