Utusan Borneo (Sarawak)

Perancis ke Jerman pada aksi sulung kejohanan Liga Negara UEFA, diperkenal ganti perlawanan persahabat­an antarabang­sa

-

PARIS, Perancis: Juara dunia, Perancis, berkunjung ke Jerman Khamis ini untuk permulaan menarik kejohanan sulung Liga Negara UEFA, satu pertanding­an yang diperkenal­kan untuk menggantik­an perlawanan persahabat­an antarabang­sa.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengekalka­n keseluruha­n skuad yang mencipta kejayaan di Piala Dunia 2018 di Rusia, dengan pengecuali­an kapten pasukan, Hugo Lloris dan rakan penjaga gol, Steve Mandanda kerana kecederaan.

Deschamps, yang menjadi orang ketiga memenangi Piala Dunia selaku pemain dan jurulatih, menyedari bahawa tekanan akan meningkat selepas muncul juara tetapi beliau percaya ia boleh memberikan faedah kepada pasukan.

“Ia satu kesan besar untuk memenangi kejuaraan, iaitu dari segi keyakinan,” kata Deschamps. “Kejuaraan dunia ini, anda h a r u s menguruska­nnya dengan baik tetapi ia bukan beban yang harus dipikul. Ia agak sebaliknya.”

“Dengan semua aspek positif sebagai juara dunia, dari segi sukan dan juga aspek psikologi dan kemanusiaa­n, ia satu perangsang besar.

“I a t i d a k m e n g h a l a n g mereka dari mengharung­i tempoh sukar tetapi ia tidak s e m e s t i n y a dikaitkan dengan gelaran juara dunia,” tambah

Ia satu kesan besar untuk memenangi kejuaraan, iaitu dari segi keyakinan. Didier Deschamps Jurulatih Perancis

beliau. Penyerang remaja, Kylian Mbappe, yang dipilih sebagai pemain muda terbaik di Rusia, dibuang padang kerana menolak lawannya selepas dikasari pada perlawanan lewat untuk kelabnya Paris Saint Germain (PSG) minggu lepas. B e - liau akan mengetuai temp o h p e n g - gantungann­ya darisatu perbic- araan lewat hari ini (Rabu) tetapi Deschamps keberatan untuk terlalu mengkritik penyerang muda itu.

“Ia juga satu sikap manusia untuk bertindak balas. Beliau tidak seharusnya melakukan perkara itu dan beliau mengetahui­nya tetapi saya tidak akan menjadikan ia satu isu besar,” kata Deschamps, di mana pasukannya juga akan bertemu Belanda pada 9 September.

Jerman, bekas juara dunia, mempunyai banyak yang mahu dibuktikan selepas disingkirk­an di pusingan pertama, dengan jurulatihn­ya, Joachim Loew juga perlu membuktika­n bahawa beliau masih orang yang tepat untuk membimbing pasukan.

“Kami paling diawasi dan berada dalam tekanan, saya menyedarin­ya,” kata Loew, yang sudah membimbing skuad kebangsaan Jerman sejak 2006, pada minggu lepas.

“Bagaimanap­un, saya masih yakin dengan kualiti pasukan. Skuad Piala Dunia adalah sangat bagus tetapi kami tidak bermain dengan baik ketika itu.” Thomas Mueller, pemain berpengala­man Jerman, berkata perlawanan di Munich adalah satu peluang ideal untuk membantu pasukan meneruskan kehidupan selepas kekecewaan di Piala Dunia. “Perancis bukan hanya musuh lama. Kemenangan ke atas mereka adalah satu langkah besar untuk kami meneruskan kehidupan selepas kekalahan mengecewak­an di Piala Dunia,” kata penyerang kelab Bayern Munich itu.

Roberto Mancini akan memulakan perlawanan kompetetif sebagai jurulatih Itali yang baharu pada perlawanan di tempat sendiri menentang Poland Jumaat ini dan memulakan satu pemulihan semula selepas gagal layak ke

 ??  ??
 ??  ?? DESCHAMPS
DESCHAMPS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia