Utusan Borneo (Sarawak)

Mirza United dinobatkan juara Malaysia Merdeka Futsal

-

KUCHING: Pasukan Mirza United dinobatkan juara Malaysia Merdeka Futsal 5v5 2018, Sirkit Pertama Zon Sarikei berlangsun­g di Futsal MTAYS Indoor, Sarikei pada 1 dan 2 September lalu.

Ini selepas kejayaan menundukka­n pemenang tempat kedua, Matrixx United B dengan 3-0 pada aksi final yang turut menyaksika­n Matrixx United A dan Lestari A menduduki tempat ketiga dan keempat.

Empat pasukan yang berjaya menduduki lapan pasukan terbaik ialah OIC United, BIF FT, Kharisma BGB B dan Moneyplus FT.

Dalam pada itu, Boca Dunga JR mengesahka­n kejuaraan bagi Sirkit Kedua Zon Sri Aman yang berlangsun­g pada tarikh sama di Stadium Tertutup Futsal, Sri Aman.

Boca Dunga menewaskan MFB FT 3-0 pada perlawanan akhir berlangsun­g rancak. Tempat ketiga disandang Nan Vill manakala The Redbundel meraih kedudukan keempat.

Empat pasukan menduduki lapan pasukan terbaik ialah Polibet FT, Random Team, S3 FT dan Arsyad CF.

Sementara itu, dua pemain Mirza United, Mohd Khairul Abdul Hamid dan Mohd Histam Afifi Mohamad disenaraik­an sebagai calon Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Terbaik.

Mirza United turut tersenarai dalam perebutan calon Pasukan Terbaik.

Bagi zon Sri Aman, calon Penjaga Gol Terbaik ialah Mohamad Zulhilmi Liap (Boca Dunga), calon Pemain Terbaik Nur Akma Mut (Boca Dunga) dan calon Pasukan Terbaik ialah Random Team.

Pemain Terbaik akan menerima Kasut Futsal Jenama SEVSPO, Penjaga Gol Terbaik membawa pulang Glove Keeper Futsal5v5 manakala Pasukan Terbaik bakal menggondol hadiah bernilai RM1000 iaitu jersi dan Trofi World Cup.

Saingan seterusnya ke Bintulu pada 8 dan 9 September di Stadium Muhibbah dan King Sport Centre Senadin, Miri juga pada 9 September ini.

Mereka berminat untuk mendaftar boleh menghubung­i penganjur, Kelab Bola Sepak Futbolista, Kuching di talian 019-5409005.

 ??  ?? JUARA: Mirza United juara Malaysia Merdeka Futsal 5v5 2018 di Sarikei.
JUARA: Mirza United juara Malaysia Merdeka Futsal 5v5 2018 di Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia