Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic teruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka AS selepas benam Sousa 6-3, 6-4 dan 6-3

-

NEW YORK, Amerika Syarikat ( AS): Novak Djokovic melangkah ke peringkat suku akhir Terbuka AS selepas menewaskan pemain bukan pilihan, Joao Sousa 6-3, 6-4 dan 6-3 tetapi ramalan pertemuan menentang Roger Federer tidak tercapai apabila Federer dikejutkan oleh pemain ranking ke- 55 dunia dari Australia, John Millman.

Millman menang 3-6, 7-5, 7-6(9/7) dan 7-6 (7/3) pada perlawanan pertama beliau di pusingan keempat satu kejohanan Grand Slam, sekali gus memusnahka­n impian peminat tenis menyaksika­n pertemuan dua musuh lama di suku akhir.

“Sangat gembira untuk menang dengan tiga set,” kata Djokovic, yang mengambil masa yang lama untuk ke tandas selepas set kedua dan sekali lagi mengambil masa lama untuk mendapatka­n rawatan pada awal set ketiga.

Sousa, yang menyingkir­kan pilihan ke-12, Pablo Carreno Busta dan pilihan ke-17, Lucas Pouille untuk menjadi pemain Portugal pertama melangkah ke pusingan 16 akhir satu kejohanan Grand Slam, berasa “tidak gembira” dengan tempoh lama Djokovic ‘berehat’ walaupun menyedari tiada had masa untuk ‘rehat ke tandas’.

Apa yang l ebih mengecewak­an buat Sousa ialah keengganan umpire perlawanan membenarka­n satu cabaran keputusan penjaga garisan pada permainan ketujuh set terakhir atas dasar beliau memberikan isyarat terlalu lewat.

Terganggu dengan masalah itu, beliau hilang rentak membolehka­n Djokovic menamatkan permainan tanpa banyak masalah.

“Ia adalah lebih sukar dari apa yang digambarka­n,” kata Djokovic, yang berkata beliau bergelut dengan “beberapa perkara” semasa perlawanan tetapi suhu panas “juga memberi kesan hari ini”.

“Anda tidak dapat berbuat apa-apa selain cuba bertahan dan mencari cara untuk menang,” kata beliau.

Kekalahan Federer merupakan penyingkir­an paling awal beliau di Terbuka AS sejak tewas di pusingan keempat kepada Tommy Robredo pada 2013.

Federer mempunyai mata akhir pad set kedua dan ketiga tetapi bergelut dengan pukulan servisnya sepanjang perlawanan selain melakukan 77 kesilapan mudah.

“Saya mungkin sedikit tidak percaya,” kata Millman selepas perlawanan selama tiga jam dan 35 minit di Stadium Arthur Ashe.

“Saya amat menghormat­i Roger dan segala-gala yang beliau lakukan untuk sukan ini. Beliau merupakan idola saya.”

“Ia sememangny­a bukan hari beliau,” kata Millman. “Tetapi saya akan menerima kemenangan ini.”

Perlawanan lain menyaksika­n naib juara 2014, Kei Nishikori, juga gembira untuk meneruskan kemaraan dalam hanya tiga set ketika cuaca panas. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TENANG:Djokovicme­mpamerkan aksi bertenaga ketika bersaing menentang Sousa di New York, Amerika Syarikat kelmarin.
— Gambar Reuters TENANG:Djokovicme­mpamerkan aksi bertenaga ketika bersaing menentang Sousa di New York, Amerika Syarikat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia