Utusan Borneo (Sarawak)

Terbuka AS: Navarro singkirkan Sharapova di pusingan keempat

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Maria Sharapova tersingkir di pusingan keempat Terbuka AS Isnin lepas setelah tewas 6-4 dan 6-3 kepada Carla Suarez Navarro, sekali gus kekalahan pertama jaguh dari Rusia itu pada perlawanan sebelah malam di sini.

Sharapova, juara 2006, cuba melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan buat kali pertama sejak 2012 tetapi beliau melakukan 38 kesilapan mudah dan hilang servis sebanyak enam kali.

Kekalahan itu menamakan rekod sempurna bekas pemain nombor satu dunia itu yang menang 23 kali – 22 kali di Stadium Arthur Ashe – pada perlawanan sebelah malam.

Suarez Navarro, yang mer- aikan ulang tahun kelahirann­ya pada hari yang sama, pernah melangkah ke suku akhir di sini pada 2013.

“Maria bermain di sini dengan kerap pada waktu malam, jadi saya tahu saya perlu bermain dengan agresif, fokus dan mantap,” kata pemain pilihan ke-30 dari Sepanyol itu selepas mencipta kemenangan kedua dari enam pertemuan menentang Sharapova.

“Saya memberitah­u diri saya untuk sentiasa berlari dan bersaing – ia adalah cara untuk bermain dengan bagus.”

Dengan kemenangan itu, beliau akan bertemu naib juara tahun lepas yang juga pemain tuan rumah, Madison Keys.

“Madison pemain tuan rumah, jadi saya fikir beliau akan mendapat sokongan padu dari penonton. Saya pernah menentang beliau beberapa kali. Beliau mempunyai pukulan servis yang hebat dan juga banyak pengalaman di gelanggang ini.”

Sharapova, yang kali terakhir memenangi kejohanan Grand Slam di Terbuka Perancis pada 2014, mengharung­i kepulangan mengecewak­an pada kejohanan Grand Slam sejak berakhir penggantun­gan kesalahan dadah pada April 2017.

Beliau melangkah ke pusingan keempat di sini tahun lepas, di pusingan ketiga di Terbuka Australia pada bulan Januari, di suku akhir di Terbuka Perancis sebelum hanya di pusingan pertama di Wimbledon.

Keys melangkah ke suku akhir selepas menewaskan Dominika Cibulkova.

Perlawanan suku akhir yang lain menyaksika­n Naomi Osaka dari Jepun menentang Lesia Tsurenko dari Ukraine.

Osaka, pilihan ke- 20, melangkah ke peringkat suku akhir pertama beliau pada kejohanan Grand Slam dengan menewaskan Aryna Sabalenka dari Belarus 6-3, 2-6 dan 6-4.

Tsurenko juga melangkah ke peringkat suku akhir yang pertama beliau selepas menewaskan pemain remaja Republik Czech, Marketa Vondrousov­a.

Osaka, 20, menjadi pemain wanita pertama Jepun melangkah ke peringkat suku akhir Terbuka AS sejak Shinobu Asagoe pada 2004. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia