Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sasar sapu bersih pingat emas acara boling

-

KUCHING: Sarawak menyasarka­n menyapu semua pingat emas bagi sukan tenpin boling pada temasya Sukan Malaysia ( SUKMA XIX) di Perak berlangsun­g pada 12 hingga 22 September ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tenpin boling merupakan kekuatan bagi Sarawak menyumbang emas setiap kali temasya SUKMA.

“Sarawak sangat dikenali dengan kekuatan dalam sukan tenpin boling dan setiap kali SUKMA kita memenangi pingat emas.

“Selain itu, sukan taekwondo dan angkat berat juga boleh menyumbang emas kepada Sarawak sekali gus merealisas­ikan sasaran menjadi juara keseluruha­n SUKMA 2018 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan jawa- tankuasa Pesta Tasik Biru 2018 dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep di pejabatnya di sini semalam.

Selain tenpin boling, Abdul Karim berkata silat dan wushu juga menjadi kekuatan menyumbang emas kepada Sarawak.

“Saya yakin dengan adanya persiapan dikendalik­an oleh atlet-atlet kita mampu mencapai sasaran juara dan Sarawak menyasarka­n 77 pingat emas pada SUKMA kali ini.

“Hasil daripada perjumpaan saya bersama Chef De Mission, penyelaras serta pegawai sukan ternyata semuanya bersedia menghadapi SUKMA XIX di Perak nanti.

“Kita juga menghantar atlet-atlet menjalani latihan rahsia di beberapa tempat dan berharap latihan serta persediaan sepenuhnya itu membolehka­n mencapai sasaran,” jelasnya.

Menurut Abdul Karim, Sarawak berkemungk­inan antara negeri menghantar peserta teramai pada SUKMA kali ini dengan 700 orang atlet dan pegawai.

Katanya, Sarawak kali ini terlibat dalam semua 29 acara yang dipertandi­ngkan berbanding hanya 25 acara SUKMA sebelum ini.

Beliau memberitah­u Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka mengadakan lawatan serta meluangkan masa bersama atlet-atlet negeri pada 17 September di Perak.

“Beliau akan meluangkan masa bersama atlet- atlet selain melawat beberapa tempat acara diadakan di Perak,” katanya.

Abdul Karim berkata, Ketua Menteri menyerahka­n Bendera kepada Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan selaku ketua kontijen Sarawak pada 8 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia